Kezaliman Israel dan Amerika memang diketahui umum. Seluruh dunia sedang menyatakan kebencian mereka. Tapi jangan lupa ada lagi negara yang secara terang-terangan bersekongkol dengan kedua-dua negara kuffar itu menindas rakyat Palestin dalam keganasan terbaru Israel. Paling malang dan sedihnya negara itu ialah negara umat Islam. Di negara tersebut juga terdapat universiti Islam yang tersohor di dunia. Negara itu ialah Mesir. Negara yang rela menjadi hamba Amerika ini telah menutup pintu sempadannya dan menghalang bekalan ubatan dan makanan sampai ke Palestin.
Setakat ini kita hanya menumpukan bantahan terhadap Amerika sahaja. Terbaru bakal diadakan pada hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika seperti yang dilaporkan Harakah. Dewan Pemuda setiap negeri pula diminta menyediakan sepanduk mengecam Amerika dan Israel. Sebaliknya kita melupai atau mungkin juga tidak menyedari kejahatan Mesir. Dalam demo yang saya sertai minggu lepas di Sungai Petani, tiada seorang pun pemidato yang berucap mengecam Presiden Mesir.
Walaupun Mesir adalah negara umat Islam, tetapi sikap yang ditunjukkan pemimpin mereka lebih buruk dan jahat dari negara bukan Islam. Di negara-negara seperti UK, Perancis dan sebagainya termasuk Amerika, rakyat mereka tidak dilarang berdemonstrasi. Sebaliknya kerajaan Mesir telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya menunjukkan bantahan terhadap Amerika dan Israel. Nampaknya mereka benar-benar ingin menjadi hamba kesayangan Zionis laknatullah.
Ulasan