Keadaan di Palestin masih belum tenteram. Itulah berita yang hinggap di cuping telinga. Dan sememangnya tak pernah aman di sana. Dua tiga hari ini pula saya jarang membaca dan mendengar berita. Nak kata sibuk sangat pun, tak juga. Selepas ikut berdemontrasi hari itu, tiada lagi sumbangan buat saudara-saudara di Palestin. Itupun kalau demo itu boleh dikira sebagai sumbangan. Nak menderma, tak berjumpa lagi dengan pihak yang berkenaan. Macam mana nak berjumpa? Balik dari kerja terus lepak kat rumah. Tunggu kalau-kalau imam solat jamaah baca qunut nazilah. Tidak juga. "Kita nak jadi imam dah depa tak bagi."
Takkan nak bersungut saja kut? Buatlah apa yang patut.
"Bangun! Bangun! Bangun! Wahai umat Islam! Ingatkan mereka yang masih leka. Saudara kita di Palestin sedang diganyang Israel dengan bantuan syaitan Amerika. Boikot barangan Amerika. Berhenti merokok!!!"
Itu saja yang boleh aku buat???

Ulasan