Selepas hilang kerusi di Kuala Terengganu, kini kerusi di Bota pula terlepas. Bezanya satu kerusi Parlimen, satu kerusi DUN. Satu kerusi di Terengganu, satu kerusi di Perak. Itu yang berbeza.
Persamaannya, kedua-duanya dah buat UMNO sesak nafas.
Persamaannya lagi kedua-dua asalnya kerusi UMNO.
Satu melepas satu lagi terlepas. Melepas selepas kalah pilihanraya. Terlepas pula kerana wakilnya kata "good bye UMNO".
#Teringat dulu, mantan MB Perak kata ada ADUN PR yang nak melompat parti. BN akan kembali bentuk kerajaan di Perak. Dia silap tengok kut.
Ulasan