Suara protes mengecam keganasan regim Zionis ke atas umat Islam Palestin berlaku di mana-mana. Bukan sahaja orang Islam bahkan turut melibatkan orang bukan Islam dari seluruh dunia atas nama kemanusiaan. Kami di Sungai Petani juga tidak ketinggalan. Selain kecaman dan kutukan tidak lupa mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin khususnya dan seluruh dunia amnya.
Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu
Ulasan
"DEMO" bagus juga tuh..
ikut doongg..
he.he..he...