Langkau ke kandungan utama

Catatan

Secebis kisah Ali dan Mu'awiyah

Ketika memuncaknya pertikaian antara Ali bin Abu Talib radhiyallahu 'anhu selaku Khalifah dengan Mu'awiyah radhiyallahu 'anhu yang menjadi Penguasa di Syam, tampil seorang sahabat Nabi bernama Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu 'anhu untuk mendamaikan keduanya. Lalu berjumpalah Abu Umamah dengan Mu'awiyah dan berkata, " Mengapakah kamu menentang Ali? Adakah kamu merasakan kamu lebih baik dari Ali? Sedangkan dia lebih dahulu memeluk Islam dari kamu ." Jawab Mu'awiyah," والله هو خير وأفضل مني" ( Demi Allah, Ali lebih baik dan lebih afdal dari aku ) " Tetapi Uthman telah dibunuh dan aku adalah walinya. Andainya Ali menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, aku akan menjadi warga Syam pertama yang membai'ah Ali. " Sambung Mu'awiyah lagi. Abu Umamah kemudiannya menemui Ali dan mengajukan tuntutan Mu'awiyah agar Ali segera bertindak ke atas pembunuh Uthman radhiyallahu 'anhu . Namun kekacauan sudah sampai ke tahap maksima...

Anwar berkhatan

Hari ini Anwar selamat berkhatan. Melihat kepada usianya yang hanya akan mencapai 8 tahun pada 8 Disember ini menyebabkan saya kurang yakin untuk menyunatkannya dalam usia yang saya fikir masih awal. Sebaliknya dia menunjukkan keyakinannya kepada saya dan emaknya. Saya dan isteri bersetuju untuk mendaftar. Buat awal-awal, lepas ni tak payah fikir lagi. Tak sangka pula dapat tarikh di awal cuti sekolah. Kalau sembuhnya awal, boleh juga saya bawa keluarga makan angin. Namun hati saya tetap bimbang kalau-kalau nanti dia buat hal. Saya pun minta tolong datuknya untuk menemani sewaktu dia dikhatankan. Mujur datuknya setuju walaupun sibuk dengan tugasan sebagai ADUN. Baru semalam diberitakan seorang pemuda hilang dan dipercayai lemas di sebuah kawasan perkelahan yang terletak dalam DUN Pantai Merdeka. Dalam perjalanan pulang dari klinik tengahari tadi kami mendapat khabar mayat telah dijumpai dan solat jenazah dijadualkan selepas solat zohor. Esoknya pula dijemput menghadiri majlis khatan be...

Zon selesa

Semalam saya menyampaikan kuliah di surau al-Muhtadin. Ia adalah kuliah ketiga dalam masa dua bulan. Sudah tentu ia bukan perkara yang mudah bagi saya kerana saya bukannya ahli dalam menyampaikan kuliah apatah lagi berceramah. Namun saya gagahkan juga menerima permintaan jamaah surau yang inginkan 'khidmat' saya. Saya sahut cabaran ini kerana ia adalah peluang untuk saya berkongsi sedikit pengetahuan yang ada pada saya selain peluang untuk berdakwah kepada jiran tetangga. Sekurang-kurangnya salah satu hak jiran telah tertunai. Manakala jadual yang diberi kepada saya adalah dua kali dalam sebulan. Setiap malam Isnin minggu ke-2 dan ke-4. Membaca tulisan Kapten Hafiz Firdaus dalam Majalah i keluaran November memberi sedikit impak terutamanya dalam menangani waktu senggang. Saya akui selama ini saya meletakkan diri saya dalam zon selesa. Tugasan saya berakhir sebaik kereta Toyota Avanza 1.3 manual bergerak meninggalkan pintu pagar SKTT. Setiba di rumah jadual saya hanya menonton...

Biarlah.....

Praaapp, pap, pap! Dam, dum, dam, dum! Shhhhhh......... kabommmmm!!! Haa.... ini bukan situasi di Palestin, Iraq atau Afghanistan. Ini juga bukan kejadian berbalas tembakan antara polis dan penjenayah. Ini sebenarnya keadaan yang berlaku di kawasan kejiranan saya(dan mungkin kawasan lain juga) kira-kira jam 12 tengah malam semalam. Ia sebenarnya bunyi mercun dari rumah-rumah jiran beragama Hindu yang meyambut Deepavali hari ini. Dan ini bukan pertama kali. Asal Deepavali beginilah keadaannya. Kuatnya bunyi bisa mengejutkan anak kecil, anak besar, bapa anak dan ibu anak sekaligus. Mahu ditegur, tak kena pula rasanya. Manakan tidak. Perangai orang kita pun semacam, kadang-kadang lagi teruk. Lihat saja ketika sambutan Aidil Fitri. Bukan setakat mercun, siap dengan meriam lagi. Bukan saja kuat, dah bergegar pun. Kalau begini keadaannya, patutkah saya tegur mereka? Nanti apa pula jawab mereka? Kita juga yang tanggung malu. Kita sendiri yang tak pernah tunjuk contoh yang baik kepada mereka. ...

Paul si Sotong mati

Sotong Kurita yang pernah menggemparkan peminat bola sepak Piala Dunia 2010 telah dilaporkan mati. Menurut jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan sotong tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang bernama Paul itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman semasa umurnya dua setengah tahun. Tentu ramai yang masih ingat ramalan kekalahan Jerman kepada Serbia, kekalahan Argentina kepada Jerman dan akhirnya ramalan Sepanyol muncul juara. Ia bukan soal percaya kepada ramalan tetapi sekadar menambah kehangatan perbincangan para peminat bola sepak. Kalau ada yang percaya juga, lantak dialah ! Namun, Paul si sotong telah meninggalkan sejarahnya tersendiri. Tentunya namanya akan kembali disebut dalam kempen Piala Dunia 2014 nanti sebagai ahli nujum bolasepak yang paling berjaya. He.. he.. Tugas terakhir Paul. Boleh percaya ke....???

Memori Itu: Maktab Mahmud '83-91'

Oh temanku, masihkah kau ingat, susah senang harungi bersama, pahit manis kita rasainya, demi harapan kedua ibu bapa. Senda gurau, senyum tangis sendu, masih lagi kekal di ingatan, rindu hati ingin bersemuka, setelah kita berpisah sekian lama. Ku panjatkan doa, agar dipertemukan, kerana kudratMu, tiada batasan. Bertemu berpisah, hanya kerana Allah, ukhuwwah yang terbina, anugerah dari-NYA.

Hadapi musibah dengan doa dan istighfar

Tidaklah dinamakan manusia jika bebas dari masalah. Sedang masalah itu merupakan ujian dari Allah yang dijanjikan ketinggian martabat buat mereka yang berjaya mengharunginya dengan kesabaran. Sungguh Allah tidak pernah mensia-siakan amalan para hamba-NYA. Firman Allah yang bermaksud " Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang se mpurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. " (al-Baqarah: ayat 156-157) Namun dalam usaha mengharungi ujian, insan adakalanya hilang arah. Rasa sabar yang tergugat malah berani pula mempertikaikan qada' dan qadar Allah, menjadikan insan itu semakin jauh dengan Allah. Maka kemuliaan yang ...