- Kerajaan Pahang melarang tazkirah sewaktu solat terawih.
- Memanglah takirah tu bukan satu yang wajib semasa solat terawih.
- Tapi ia adalah salah satu saluran penyampaian ilmu yang sangat berkesan memandangkan suasana terawih itu sentiasa mengundang ramai orang datang berjamaah.
- Maka itu satu kesempatan yang baik untuk perkongsian ilmu dan maklumat.
- Lagi pun aku percaya sama ada masjid atau surau yang mengadakan tazkirah tak pernah mewajibkan para jamaahnya untuk duduk dan menunggu tazkirah yang disampaikan.
- Cuma aku berharap kerajaan Kedah sekarang jangan pula buat peraturan gila macam ni.
- Di surau kami dan masjid serta surau berdekatan dah mula merancang program-program dengan matlamat menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah dan ilmu.
- Kalaulah peraturan-peraturan pelik dan gila ini dikuatkuasakan alamatnya Ramadan ini akan kosong kosong(lagu Najwa Latif). Kerana aku percaya 90% orang awam terutamanya macam aku ni hanya bersemangat untk beramal ketika di masjid atau di surau sahaja. Bila dah balik rumah hanya tahu cari tilam dan bantal.
- Kalau tak silap aku, polisi ini pernah dilaksanakan di Selangor sewaktu Datuk Seri Dr. Khir Toyo menjadi MB. Kesannya lepas tu dia dah tak jadi MB.
- Agaknya MB Pahang sekarang ni pun dah tak berminat nak jadi MB lepas ni kut?
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Ulasan
Perbuatan mengadakan tazkirah di pertengahan solat terawih sama seperti "blackmail" jemaah supaya mendengar tazkirah jika mahu solat terawih jemaah di masjid/surau itu.