Langkau ke kandungan utama

Kalau boleh ku bantu, tapi .........

Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian!

  1. Kali ini aku nak mulakan tulisan dengan sepotong hadis yang bermaksud, "Orang yang memelihara ibu tunggal dan orang miskin adalah ibarat orang yang berjihad di jalan Allah, dan juga ibarat orang bangun solat tanpa jemu serta puasa tanpa berbuka." (Riwayat Imam al-Bukhari)
  2. Hadis ini mengandungi janji Rasul yang mulia berupa ganjaran yang sangat besar bagi orang-orang yang menghulurkan bantuan kepada golongan ibu tunggal dan orang miskin.
  3. Sudah pasti janji ini merupakan satu galakan kepada para sahabat Baginda radhiallahu'anhum ajma'in agar mereka berebut-rebut melakukan kebajikan dengan segera menghulurkan bantuan kepada kedua-dua golongan tersebut.
  4. Dr. Asri (mantan mufti Perlis) dalam salah satu kuliahnya pernah menyebut, kesediaan para sahabat mengikut Nabi berjihad dan bersedia pula malah bercita-cita untuk gugur sebagai syuhada setelah mengambil kira beberapa faktor.
  5. Selain keimanan dan ketaqwaan yang mantap serta kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul, mereka juga tidak pernah berasa gusar untuk meninggalkan keluarga.
  6. Mereka yakin seandainya mereka gugur di medan jihad, akan ada pihak yang menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga yang mereka tinggalkan. Demikianlah suasana masyarakat ketika itu yang sangat perihatin hasil tarbiyah Murabbi terulung, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
  7. Berbanding dengan keadaan masyarakat sekarang ketika ikatan jamaah umat semakin longgar manakala perpaduan semakin rapuh, keperihatinan bukan lagi menjadi tunjang. Maka insuranslah sebagai jaminan kelangsungan hidup seandainya seseorang ketua keluarga pergi dahulu dijemput Ilahi.
  8. Bagi pihak aku sendiri pun aku merasakan tidak mampu untuk menghulurkan bantuan yang benar-benar menjamin kehidupan kedua-dua golongan tersebut. Sekadar menghulur seringgit dua itu pun dengan perasaan penuh bimbang bajet bulan ini akan mengalami defisit.
  9. Seperkara lagi, golongan yang mahu ditolong itu bukan sebarangan. Ibu tunggal! Kalau tak balu, janda. Nanti apa pula kata orang di luar sana dan orang di dalam sini! Pasti timbul salah faham. Kalau tak 100% pun, 90% ke atas jangkaan timbulnya salah faham. 
  10. Betul juga kata orang sebelah, gelang dan rantai dia pun tak mampu nak beli, nak tolong orang pula. Tidakkah terpaksa berfikir berkali-kali? Akibat banyak kali fikir maka keputusannya tak jadilah.
  11. Lagi pun bila difikir berkali-kali timbul pula persoalan, adakah ia ikhlas atau ada udang di sebalik batu. Hah, bukankah itu sangkaan buruk? Surah al-Hujurat ayat 12 menerangkan tentang bahayanya bersangka buruk.
  12. Sedangkan perkara begini tidak pernah berlaku di kalangan para sahabat radhiayallahu'anhum ajma'in.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...