- Tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Azizan bin Abdul Razak yang dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Syah sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda.
- Pengurniaan tersebut juga membawa gelaran Tan Sri kepada Ustaz Azizan.
- Tahniah sekali lagi diiringi dengan doa semoga Allah memberi kesembuhan dan mengembalikan kekuatan serta kecerdasan minda kepada Tan Sri Ustaz Azizan untuk terus memperkuatkan saf perjuangan Islam di Kedah khususnya dan di Malaysia amnya. Amin.
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan