Langkau ke kandungan utama

Ada yang hilang di Kedah


Ini cerita yang aku dengar dari YB Ustaz Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah merangkap ADUN Alor Mengkudu ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak  mesyuarat agung cawangan-cawangan kawasan Sungai Petani.
      
  1. Selepas menjadi MB baru Kedah, Datuk Mukhriz telah berkunjung ke kediaman rasmi di Seri Mentaloon.
  2.  Petugas di situ memberitahunya tentang program kuliah ilmu fardu ain yang diadakan sepanjang Dato Seri Azizan menjadi MB.
  3. Kuliah tersebut diadakan pada setiap hari Sabtu dengan menjemput ilmuan-ilmuan tersohor khususnya di negeri Kedah seperti TG Dato’ Dr. Haron Din. Ustaz Zainol Asri, Ustaz Aminuddin Abd Rahim dan lain-lain.
  4. Manakala jamuan juga turut diadakan selepas selesai sesi pengajian pada setiap minggu.
  5. Begitulah dekatnya pemerintah terdahulu kerajaan negeri dengan rakyat. Bukan sahaja dengan membuka pintu kediamannya untuk dikunjungi malah disediakan juga santapan rohani dan jasmani.     
  6.  MB baru bercadang meneruskan usaha ini. Alhamdulillah, satu keputusan yang patut dipuji.
  7. Tapi, masalah lain pula yang timbul. Para ilmuan tadi tidak lagi berminat meneruskan program mereka di sana.
  8. Alasan mereka, “ nak mengajar macam mana, kalau bini MB pun tak tutup aurat!” 
Ini pula kesimpulan aku.
  1. Betul juga. Aku pun mula sedar rupanya sudah lama Kedah tidak bermenteri besarkan seorang lelaki dayus yang tak mampu mengarahkan isteri menutup aurat. 
  2. Seingat aku isteri Sanusi Junid pakai tudung. Isteri Syed Razak pun pakai tudung. Isteri Mahadzir Khalid juga pakai tudung. Kedua-dua isteri Ustaz Azizan memang bertudunglah. 
  3. Berbeza yang baru ini, dia suka rakyat Kedah tengok rambut bini dia. Atau mungkin majoriti rakyat Kedah memang dah lama teringin nak tengok rambut bini MB. Baru sekarang hajat tercapai.
  4. Selain itu adakah rakyat Kedah tidak berasa kehilangan salah satu sumber ilmu selepas kuliah di kediaman resmi MB iu dihentikan? 
  5. Kini rakyat Kedah kehilangan wanita nombor satu dalam negeri yang menutup aurat dan kehilangan salah satu pusat pengajian ilmu. 
  6. Moga-moga Kedah tidak hilang keberkatannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...