Pagi tadi aku dengar radio Suria FM. Antara topik yang menarik perhatian aku ialah cadangan menaikkan harga tiket sebanyak 30%. Kata DJ Halim Othman ini bermakna tambang dari KL ke Kedah, Kelantan dan Terengganu akan menjadi antara yang termahal iaitu RM52.
Walaubagaimanapun ia masih di peringkat perbincangan antara pihak persatuan dengan kerajaan. Dalam tempoh ini tiket bas sempena raya raya nanti masih belum dapat dikeluarkan sehingga keputusan mengenainya dicapai.
Manakala kenaikan ini pula bukan surcaj atau caj tambahan sempena musim perayaan sebaliknya ia merupakan kenaikan menyeluruh. Bermakna kalau ia diluluskan, pengguna-pengguna bas ekspres dari Kedah contohnya, akan membayar tambang RM52 bermula dari musim raya ini.
Antara alasan yang diberikan ialah kenaikan gaji pekerja, tiada lagi diskaun PLUS dan lain-lain lagi.
Rasa-rasa aku yang mengaji tak habis ni, kalaulah tol dihapuskan, petrol pula turun harga, agaknya soal tiket bas ekspres naik harga tentu tak timbul. Tapi nak buat macam mana, orang tak mahu fikir soal ini.
Mungkin depa ni duit banyak kut? Maklumlah berapa banyak duit yang calon BN bagi masa kempen pilihanraya dulu. Tambah lagi dengan duit BR1M. Setahun makan tak habis. Setakat nak bayar tambang bas RM52, apa lah sangat!
Pakat-pakat tengok lah, apa nak jadi.
Ulasan