Langkau ke kandungan utama

Berdiri!

Ada orang sangat suka orang berdiri untuknya. Ia lambang kebesaran. Ia lambang kemegahan. Paling lekeh pun ia  gambaran kepada tingginya kedudukan seseorang dalam masyarakat atau sesebuah organisasi.

Apabila dia sampai, orang berdiri menyambut dan bersalam dengannya.

Dia masuk dalam dewan, orang berdiri menghormatinya.

Dia bangun untuk berucap, orang bangun mempersilakannya.

Dia selesai berucap, orang berdiri memberi tepukan kepadanya.

Bangganya dia. 

Hebatnya dia. 

Cukup berpengaruhnya dia.

Namun, senua itu hanya pengiktirafan manusia.

Di sisi Allah, dia bakal ditimpa celaka.

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud, "Sesiapa yang menyukai orang-orang berdiri untuknya, maka dia sebenarnya mengambil tempat duduknya di dalam neraka" (Sahih Sunan Abi Daud :no.5229)

Membaca hadis ini saja aku jadi bimbang. Betapa ramai yang berharap orang akan berdiri menyambut dan menunjukkan rasa hormat kepada mereka. Malah sebelum sesuatu acara dijalankan, para hadirin terlebih dahulu dilatih untuk berdiri ketika 'orang besar' yang dijemput nanti sampai. Maka sampainya 'orang besar' itu disambutlah dengan paluan kompang dan pengumuman pengacara memohon yang hadir semuanya berdiri.

Lebih mendukacitakan lagi ia turut melibatkan orang-orang berjawatan agama atau berkelulusan agama dalam majlis agama atau majlis yang dihadiri orang-orang agama. 

Persoalannya, adakah mereka tidak tahu menahu tentang hadis ini? Tak pernah jumpa dengan hadis ini? Atau mereka pernah terjumpa dan terbaca tetapi mengutamakan protokol itu lebih mustahak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla