Langkau ke kandungan utama

Ucapan selamat di Hari Raya


  1. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah telah ditanya mengenai ucapan selamat pada hari raya. Maka jawabnya, "Ucapan pada hari raya itu ialah seseorang mengucapkan kepada rakannya yang lain ketika bertemu selepas mengerjakan solat Eid dengan ucapan 'Taqabbalallahu minnaa wa minkum (تقبل الله منا ومنكم).' Ertinya, 'Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu semua.'
  2. Telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat radhiallahu 'anhum bahawa mereka mengucapkan perkara yang sama. Dan para Imam seperti Imam Ahmad memberi rukhsah untuk melakukannya.
  3. Namun Imam Ahmad juga berkata, "Aku tidak pernah memulai mengucapkan selamat kepada seseorang, tetapi jika ada orang mendahului memberi ucapan kepadaku, aku akan menjawabnya. Demikian kerana menjawab ucapan selamat itu bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak juga dilarang. Sesiapa yang mengerjakannya maka baginya ada contoh dan sesiapa yang meninggalkannya juga baginya ada contoh. Wallahu a'lam. (Majmu' al-Fatawa 24/253)
  4. Al-Jalal as-Suyuthi menyatakan dalam risalah "Wushul al-Amani bi Ushul at-Thani " beberapa atsar yang berasal lebih dari satu ulama Salaf yang di dalamnya ada menyebut ucapan selamat.
  5. Al-Hafiz Ibn Hajar meriwayatkan dari Jubair bin Nufair dengan isnad yang hasan, katanya: "Para sahabat Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ketika bertemu pada hari raya, mereka berkata kepada yang lainnya 'Taqabbalallahu minnaa wa minka (semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu). (Fathul Bari 2/446)
  6. Ibn Qudamah meriwayatkan perkataan dari Muhammad bin Ziyad yang bermaksud, "Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahili dan beberapa orang sahabat Nabi. Bahawa mereka seusai mengerjakan solat 'Eid, sebahagian mereka mencucapkan kepada sahabat yang lain Taqabbalallahu minnaa wa minka. (al-Mughni 2/259). Berkata Imam Ahmad, isnadnya baik.
  7. Mengenai ucapan "Kullu 'aamin wa antum bikhair-كل عام وانتم بخير " seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang, ia adalah tertolak dan tidak diterima.

::Disalin dari buku Ahkaamu al-'Eidaini fi al-Sunnah al-Mutahharah, edisi Indonesia "Hari Raya Bersama Rasulullah" oleh Syeikh Ali bin Hasan bin Ali Abdul Hamid al-Halabi al-Atsari. Terjemahan Ummu Ishaq Zulfa Husein. Pustaka al-Haura'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...