Bermula esok murid Tahun Enam akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau ringkasnya UPSR. Bemulalah juga episod debaran bagi calon-calon, ibu bapa calon dan tentunya para guru yang lebih berdebar. Walaupun UPSR bukanlah menjanjikan masa depan yang cemerlang kepada calon-calon yang mendapat keputusan yang baik, namun ia merupakan kayu pengukur kepada sejauhmanakah kemampuan menguasai kemahiran yang dipelajari sepanjang enam tahun di sekolah kebangsaan. Di samping itu, kejayaan dalam UPSR juga membolehkan calon-calonnya menaruh sedikit harapan untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekurang-kurangnya sekolah-sekolah pilihan. Walaubagaimanapun ia masih bukan satu jaminan.
Guru-guru khususnya guru-guru Tahun 6 turut berkongsi debaran ini. Berdebar memikirkan apakah usaha keras selama beberapa bulan ini menjanjikan pulangan yang lumayan. Di fikiran mereka adalah kejayaan murid. Kejayaan murid adalah kejayaan mereka dan kejayaan sekolah. Kejayaan sekolah bererti terlepas dari amarah pihak atasan di PPD dan JPN. Begitulah mereka menilai kejayaan sesebuah sekolah. Adakalanya guru-guru dianggap mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menggagalkan pelajar-pelajar mereka. Guru-guru bukan lagi seorang manusia biasa yang hanya ada ikhtiar semata-mata. Justeru jika muridnya gagal, guru perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana guru tidak menggunakan 'kuasa'nya itu. Atau kerana guru cuai dan tidak mengajar bersungguh-sungguh.
Esok adalah harinya. Turut berada di dalam dewan itu adalah anak ke-2 saya. Tidak terlalu tinggi harapan saya kepadanya. Dia telah berusaha. Guru-gurunya juga telah berusaha. Saya dan ibunya berusaha menghantarnya ke kelas tambahan. Itu yang terdaya oleh kami. Akhirnya kami berserah kepada ketentuan Ilahi.
Selamat menduduki UPSR.

Ulasan