- 10 malam terakhir Ramadan. Padanya dijanjikan Lailatul Qadr bersama kebaikannya mengatasi 1000 bulan. (Surah al-Qadr:3)
- 10 malam terakhir Ramadan. Ummul Mukminin Aisyah radiyallahu 'anha melaporkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengasingkan diri daripada isteri-isteri Baginda.
- 10 malam terakhir Ramadan. Golongan salafus soleh dan pengikut-pengikut mereka dari kalangan imam-imam dan para ulama memilih untuk beriktikaf di masjid, memperbanyakkan amalan bertaqarrub dengan Allah.
- 10 malam terakhir Ramadan. Kelompok orang-orang yang beriman dan yakin dengan janji Allah berusaha memaksimakan amalan wajib dan sunat beserta doa dan harapan semua amalan diterima Allah.
- 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lain berada di pusat membeli belah atau bazar-bazar. Memilih dan membeli baju raya anak-anak dan diri sendiri.
- 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lagi sibuk dengan persediaan menyambut lebaran. Kain langsir perlu diganti baru. Sofa dan meja makan perlu diubah susun aturnya. Kuih raya belum cukup untuk hidangan sebulan Syawal. Suami isteri saling bekerjasama. Masjid dan surau semakin kurang pengunjungnya.
- 10 malam terakhir Ramadan. Tidak kurang juga yang melekat di depan tv menonton siaran-siaran menarik yang disiarkan melalui saluran Astro.
- 10 malam terakhir Ramadan. Kini tinggal beberapa malam saja lagi.
Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...
Ulasan