Berita di Malaysiakini "PAS Beruk didakwa sebar gambar palsu Lim Guan Eng. Baca di sini.
Di laman web PAS pula, Ketua Penerangannya menuntut Tan Sri Zainuddin Maidin meminta maaf kerana telah memfitnah PAS dalam satu teuramah dengan umno-online. Tan Sri Zainuddin mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969, PAS minta Tunku merampas harta-harta orang cina. Manakala ketika konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia. Baca di sini.
Cukup-cukuplah tu.
Bulan yang sepatutnya digunakan untuk melipat gandakan amalan sebaliknya digunakan menambah dosa. Cerdikkah orang macam ini? Kalau dah berasa banyak sangat pahala yang dikaut sepanjang 20 malam Ramadan yang baru berlalu dan teringin nak sedekahkan pahala itu kepada orang lain, silakanlah. Ini satu spesis manusia yang pemurah tak kena pada tempatnya.
Atau seronok sangat buat kerja fitnah memfitnah orang? Teringat pula rekod Tan Sri Zainuddin semasa jadi Menteri Penerangan dulu. Benda orang lain tak buat, dia berjaya buat. Propaganda, cerita bohong, fitnah jadi permainan dia ketika itu. Harapannya supaya rakyat membenci PAS dan pembangkang yang lain. Sebaliknya, pengundi-pengundi Parlimen Sungai Petani pula yang meluatkan dia.
Ulasan
Soalan kepada tukang fitnah:-
Jalan mudah meraih simpati rakyat atau jalan mudah menuju neraka?????