- Semalam di Surau al-Muhtadin.
- Sebelum solat terawih dimulakan, tuan imam mencapai mikrofon lalu berucap. Katanya mahu menyampaikan pesan Ustaz Abdul Hamid Tahir, Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah.
- Pesan pertama, lafaz dan niat solat witir dua rakaat yang pertama mestilah disertai dengan perkataan 'muqaddimah'. Ia berbunyi 'Usolli sunnatul muqaddimatul witri rak'aataini makmuman lillahi ta'ala'. 'Sahaja aku sembahyang sunat muaqaddimatul witri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala'.
- Ini kerana dua rakaat pertama itu belum lagi witir kerana witir maksudnya ganjil. Yang ganjilnya pada satu rakaat kedua itu. Ini saya setuju.
- Tapi saya tak setuju pada mengajar lafaz solat dan niat. Sebenarnya bukan niat tetapi berkata-kata dalam hati. Kemudian ada tambahan pula dalam lafaz. Tambahan itu boleh menyusahkan jamaah yang tidak menguasai bahasa Arab. Berapa orang yang pandai bahasa Arab?
- Niat adalah lintasan hati dan ia berlaku dalam keadaan sedar. Cukuplah kalau makmum tahu tentang kedudukan sebenar solat witir yang pertama dan kedua. Ketika mereka bertakbir dalam keadaan mengetahui hal sebenarnya, telah berlakunya niat di situ.
- Pesan yang kedua, solat terawih dua puluh rakaat tidak sama dengan solat terawih lapan rakaat. Ia ibarat air mineral dalam botol 1 liter dangan 500ml.
- Saya seperti tidak percaya kalau pesan itu datangnya dari seorang ahli Majlis Fatwa. Soal ibadah hanya berdalilkan sebotol air mineral. Kitab mana yang dia guna ni?
- Adakah solat kita 20 rakaat lebih baik dari solat Baginda Nabi dan para sahabatNya 8 rakaat? Kalau pun nak mempertahankan sangat kelebihan 20 rakaat, janganlah buat lawak bodoh macam ni. Kasihanilah mereka yang baru berjinak-jinak dengan surau. Cadang nak buat lapan rakaat sahaja di surau, langsung tak jadi datang.
- Kepada sahabat-sahabat surau al-Muhtadin yang terbaca blog ini, saya pula nak berpesan. Firman Allah yang bermaksud, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (QS al-Isra':36)
- Ibadah dinilai bukan pada kuantitinya tapi pada kualitinya. Kualitinya bergantung kepada:- (a) keikhlasan (b) mutaaba'ah iaitu mengikut petunjuk Rasulullah.
- Berhentilah berpolemik 20 atau 8 rakaat. Kalau dah tak larat sangat, nak buat dua rakaat pun, apa salahnya? Firman Allah, "Maka bertaqwalah kamu(melaksanakan perintah) kepada Allah mengikut kemampuan kamu..."(QS at-Taghaabun:16). Sesungguhnya Allah tidak mentaklifkan kepada hambaNYA kecuali mengikut kadar kemampuan hamba itu.
- Dan jangan sekali-kali menggunakan dalil sebotol air mineral. Nampak sangat tak ada modal.
Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...
Ulasan