- 35 murid berusia antara 10 hingga 12 tahun di sebuah sekolah dalam daerah Kulim Bandar Bharu telah dikenakan denda menghisap cerut oleh seorang guru sekolah tersebut. Ia berikutan murid-murid tersebut telah didapati bersalah kerana menghisap rokok.
- Saya tidaklah bermaksud membela mana-mana pihak. Baik murid yang menghisap rokok atau guru yang menjatuhkan hukuman, kedua-duanya telah melakukan perbuatan yang tidak wajar.
- Saya menyokong pandangan YB Taulan Rasul, EXCO Pelajaran Kedah dan Pengarah Pelajaran Kedah bahawa denda yang dikenakan adalah sangat melampau. Guru sepatutnya memilih cara yang lebih berhemah dan bersifat mendidik daripada menggunakan tindakan kekerasan.
- Secara umumnya, kebanyakan pelajar sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah yang melanggar disiplin melakukannya dengan suka dan rela. Hisap rokok, ponteng sekolah, ponteng kelas, buli, menganggu pelajar lain, lawan cakap cikgu, tak buat kerja rumah, bergaduh dan sebagainya dilakukan dengan sukarela tanpa paksaan. Setiap kelakuan tanpa ada perasaan malu atau segan. Hilang rasa hormat dan bersikap kurang ajar pada guru. Berbangga pula kalau diberi jolokan samseng.
- Namun demikian, di sebalik rasa bangga itu rupa-rupanya ada sedikit perasaan yang terlalu sentimental. Dan perasaan itu muncul ketika dipanggil guru dan kemudian didenda.
- Lalu pulanglah mereka ke rumah dan mengadu pada ibu bapa bahawa mereka telah dirotan oleh cikgu disiplin. Samsenglah kononnya. Kena sikit pun mengadu kat mak bapak!
- Mak bapa pun datang tanya, "Kenapa pukul anak saya? Saya sendiri pun tak pernah pukul." Si anak di sebelah pula buat muka sepuluh sen. Samseng buat muka sepuluh sen? Kah! Kah! Kah!
- Apa ke jadahnya samseng tu. Kena sikit dah nak mengadu. Di rumah pula tak pernah rasa sakit.
- Budak-budak dulu kalau kena rotan dengan cikgu, minta maaflah nak cerita kat mak bapak. Kalau mak bapak dapat tahu, silap-silap ditambahnya lagi. Kalau kekawan pula dapat tahu, malu setahun. Setahun kena perli dengan kekawan. Tapi tak mengaku pun jadi samseng.
- Cikgu nak pesan kat bebudak yang suka langgar disiplin dan berlagak samseng, kalau nak jadi samseng, jadilah samseng sejati. Jangan jadi samseng yang manja. Siap mengadu kat mak bapak lagi kalau kena rotan. Malu lah sikit.
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan