- Hari ini Jumaat bersamaan dengan 17hb. Ramadan. Ramai yang percaya 17 Ramadan adalah tarikh turunnya al-Quran atau Nuzul Quran.
- Ada masjid-masjid dan surau-surau yang mengambil sempena tarikh ini menyambut sambutan Nuzul Quran dengan mengadakan tazkirah yang membicarakan khusus tentang al-Quran. Ada juga yang langsung mengadakan qiyamullail.
- Tak kisahlah apa hal pun ia bertujuan menghidupkan malam-malam Ramadan dengan aktiviti-aktiviti ibadah. Semoga ia diterima Allah.
- Cuma saya masih musykil adakah benar al-Quran diturunkan pada malam 17hb. Ramadan. Ustaz-ustaz yang berceramah atau bertazkirah juga jarang malah langsung tidak menyentuh tentang soal tarikh.
- Adakah ustaz-ustaz sekadar mendiamkan diri dari berbincang mengenainya kerana bimbang akan timbul kekeliruan atau mereka menerimanya bulat-bulat.
- Saya rasa ia bukanlah menjadi satu kesalahan seandainya ditimbulkan soal tarikh dan perbicangannya berlangsung secara ilmiah. Lagi pun masyarakat sekarang sudah matang dalam menilai sebarang pandangan yang dikemukakan.
- Allah berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam al-Qadr." (QS al-Qadr:1). Dari ayat ini saya faham, al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar atau Lailatul Qadar.
- Hadis dari Aisyah radiallahu 'anha pula menyatakan, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud, "Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (al-Bukhari)
- Jika dibandingkan tarikh 17 Ramadan seperti dalam taqwim solat dengan ayat satu dari surah al-Qadr dan hadis riwatay Bukhari di atas kelihatan bercanggah.
- Al-Quran menyatakan ia diturunkan pada Lailatul Qadr.
- Hadis menyatakan Lailatul Qadr berlaku pada sepuluh malam terakhir atau pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.
- Manakala malam 17hb Ramadan belum memasuki fasa sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.
- Cuma yang pasti lagi sahih, 17hb Ramadan telah mencatat peristiwa penting dalam kehidupan umat Islam kerana pada tarikh tersebut berlakunya Peperangan Badar yang sangat bersejarah. Malangnya ia jarang disebut orang.
Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...
Ulasan