Langkau ke kandungan utama

Imam Terawih

  1. Dulu-dulu kalau dapat solat terawih berjamaah di belakang imam yang baca laju, itulah yang paling 'best'. Bukan saja laju malah fatihah dibacanya dalam satu nafas.
  2. Itulah kriteria kejaguhan seseorang imam mengikut penilaian orang-orang kampung. Imam yang dapat menghabiskan 20 rakaat solat terawih ditambah dengan 3 rakaat solat witir dalam masa setengah jam dikira sebagai imam yang jaguh. Paling lama pun 45 minit.
  3. Macam bas ekspres lajunya. Bayangkan ketika jamaah turun untuk sujud. Berderum bunyinya seperti mahu runtuh lantai surau. Tapi itu dulu.
  4. Sekarang sudah banyak yang berubah. Sudah ramai yang kembali kepada asas dalam beribadah. Sudah ramai yang buat rujukan. Tiada lagi yang pakai main hentam atau ikut-ikut saja.
  5. Imam sekarang walau masih ada yang baca fatihah secara wasal(sambung) ayat demi ayat, tidaklah dibacanya dari mula sampai habis dengan satu nafas. Bacaan juga terkawal, tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Lambat sangat pun tak boleh juga. Nanti makmum jemu.
  6. Saya juga pernah membaca fatihah secara wasal. Dua ayat satu waqaf. Begitulah sampai habis fatihah.
  7. Tapi sejak dua tiga tahun kebelakangan, saya dah mula tinggalkan tabiat itu. Apabila saya merujuk sebuah hadis Rasulullah, Baginda tidak pernah membaca surah fatihah secara wasal antara satu ayat dengan ayat lain. "Nabi membaca surah al-Fatihah dengan berhenti setiap ayat, tidak menyambung satu ayat dengan ayat berikutnya. Begitulah seterusnya sampai selesai. Baginda tidak menyambung satu ayat dengan ayat berikutnya." (Maksud keratan hadis riwayat Abu Daud dan Sahmi. Disahkan oleh Hakim dan az-Zahabi. Baca al-Irwa' hadis no. 343)
  8. Dalam kitab al-Muktafa, 'Amr Ad-Dani diriwayatkan sebagai berkata, "Hadis ini mempunyai banyak sanad. Inilah yang pokok dalam masalah ini. Sejumlah imam salaf dan ahli-ahli al-Quran dahulu sangat senang membaca al-Quran ayat demi ayat, sekalipun ayat yang satu dengan ayat yang lain masih mempunyai satu pengertian"
  9. Tokoh hadis abad ini, Syeikh Nasiruddin al-Albani pula berkata, "Sunnah Nabi seperti ini ditinggalkan oleh sebahagian besar ahli qiraatul quran pada masa-masa ini, apa lagi yang lain(orang awam)."
  10. Saya tidak mengatakan cara bacaan seperti itu salah atau mencacatkan solat, namun adalah lebih baik jika kita dapat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Kerana Bagindalah rujukan terbaik dalam semua urusan kehidupan apatah lagi urusan ibadah.
  11. Oleh kerana itu, sungguhpun ada rakan-rakan yang menjadi imam masih dengan cara bacaan wasal, saya diamkan saja dan tetap mengikutinya sampai habis. Wallahu a'alam.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul..lg pn waqaf dlm surah alfatihah adalah waqaf tam..apatah lagi setiap ayat mempunyai maksud tertentu spt doa/harapan..malah setiap waqaf dipuji Allah swt..contohnya alhamdulillahi rabbil aalamiin,maka Allah jawab,sesungguhnya hambaku telah memujiku..-sekadar perkongsian..wallahua'lam

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...