Langkau ke kandungan utama

Nak dakwah macam mana?

Kalau dulu pemimpin-pemimpin UMNO buat fatwa hudud tidak boleh dilaksanakan dalam masyarakat majmuk. Hari ini pula memfatwakan orang-orang bukan Islam tidak boleh membaca al Quran. Kedua-dua fatwa yang menidakkan keupayaan Islam sebagai agama rahmat kepada seluruh alam. Bukankah hudud dan al-Quran itu ada penyelesaian terbaik untuk segala permasalahan umat manusia di dunia tanpa mengira kaum dan agama?

Mengadakan sekatan untuk orang bukan Islam membaca dan mengkaji al Quran sebenarnya sangat merugikan Bagaimana orang boleh tertarik dengan Islam. Nak harapkan contoh dari orang Islam yang kebanyakannya sudah tidak peduli lagi pada ajaran al Quran?

Kebanyakan golongan profesional di Barat memeluk Islam setelah mereka menilai sendiri keindahan al Quran. Nasib baiklah di negara mereka tidak ada Mufti Perak atau profesor-profesor 'mangkuk' seperti Atory Hussein atau Zainal Keling. Kalau tidak, Yusof Islam masih seorang penyanyi pop yang bernama Cat Stevens.

Tak tahulah apa fatwa mufti terhadap Umar al Khattab ketika beliau yang masih kafir membaca al Quran milik Fatimah al Khattab. Kalau tak silap saya yang bukan mufti lagi jahil ini, kerana bacaan itulah, Umar al Khattab akhirnya digelar orang Amirul Mukminin.

Kalau larangan hanya disebabkan telo bacaannya, Melayu Muslim pun apa kurangnya. Seperti kata seorang penceramah DAP di Yayasan Aman pada malam sebelum pengundian, "you boleh jamin ka Najib baca Quran betul". Bukan sedikit juga imam-imam solat yang berterabur makhraj dan tajwid mereka sewaktu membacanya dalam solat. Kekadang naik berbulu telinga mendengarnya. Apa hal pula dengan saudara kita dari kalangan India Muslim? Cina Muslim di negeri Cina? Mereka tu bagaimana pula? Tak kan orang Islam hanya ada di Perak saja dan berbangsa Melayu. Itu pun tak boleh fikir? Patutlah selalu saja kena hentam dengan bekas Mufti Perlis. Oppss! Tarik balik, tuan Speaker.

Kalau dah Mufti pun kata macam tu, puak-puak UMNO lagilah bercelaru. Mereka sebenarnya jealous sebab baru setahun DAP berkawan dengan PAS dah pandai baca Quran. Sedang UMNO telah 50 tahun berkawan dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain tapi masih belum kenal al Quran. Mereka malu kerana gagal membawa rakan-rakan mereka mendekati ajaran Islam yang murni. Sekarang mereka mahu menyekat PAS dari memperkenalkan Islam kepada rakannya DAP.

Seperti kata Azzam dalam bab terakhir novel Ketika Cinta Bertasbih, "Yang lebih memprihatinkan lagi, mereka yang memilih tetap menjadi kambing itu menginginkan yang lain tetap menjadi kambing. Mereka ingin tetap jadi kambing sebab merasa tidak mampu jadi singa dan merasa nyaman jadi kambing. Yang menyedihkan, mereka tidak ingin orang lain jadi singa. Bahkan mereka ingin orang lain jadi kambing yang lebih bodoh!"

Itulah UMNO. Sayangnya Mufti pula sanggup bersekongkol.

Ulasan

Na'im Nikmat berkata…
UMNO hanya pandai memanupulasi agama demi kepentingan politik.Selama 50 tahun lebih berkuasa UMNO menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam, namun UMNO tidak pernah ingin melaksanakan hukum2 dan syariat Islam buktinya Riba telah dihalalkan oleh mereka dalam sistem-sistem kewangan. Arak&Judi dijadikan hasil pendapatan kerajaan melalui cukai lesen penjualan arak dan aktiviti perjudian.Inikah modul Negara Islam yang ingin dibawa UMNO? Hudud pula telah diperlekehkan seolah-olah bersifat kejam dan tidak bertamadun seperti yang dinyatakan oleh Ulama mereka.Antara ungkapan pemimpin UMNO yang menghina Hudud dan Islam ialah “kalau Hukum Hudud dilaksanakan, semua rakyat Malaysia akan kudung.. boleh buat sup tangan…”.Perbuatan ini adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan Ngah kor Ming(DAP) yang hanya tersalah sebut nama surah di dalam al Quran dan beliau juga tersilap ketika membaca ayat tersebut kerana mungkin kurang biasa dengan sebutan tersebut.Namun tafsir ayat tersebut amat jelas disebut beliau.Namun UMNO terus menerus menjaja isu ini hingga membuat satu laporan polis,sepatutnya mereka yang dipertanggung jawapkan dengan isu menghina Islam dan Syariat Islam kerana terang-terang menghina Hudud yang termasuk dalam Hak-hak ALLAH.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...