Langkau ke kandungan utama

Zakat padi...... masih relevankah?

Sembang-sembang di halaman surau seusai solat Isya'. Berbicara tentang krisis kekurangan bahan makanan yang melanda. Kenaikan harga beras menjadi fokus. Berbagai spekulasi ditimbulkan. Saling melontar hujah dan pandangan. Sesekali diselang seli dengan gelak tawa. Saya sekadar pendengar. Tertarik dengan isi perbincangan, saya tidak segera pulang.

Seorang teman membuat kesimpulan. "Orang dulu bila buat bendang, depa tak lupa bayar zakat. Sebab tu berkat". Kali ini saya mesti bersuara. "Orang la(sekarang), dah tak berapa kisah dengan zakat." Sambungnya lagi.

"Masa ni, pesawah dah tak mampu nak bagi zakat lagi. Sebab depa pun miskin." Saya mencelah disambut dengan ketawa teman-teman yang lain. Mungkin anggapan mereka ia adalah satu sindiran.

Hakikatnya memang begitu. Kalau dulu para pesawah menikmati hasil dari sawah yang dikerjakannya. Mereka tidak perlu bersusah payah membeli beras di kedai. Tapi sekarang! Ramai pula yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan sawah sendiri. Kalau dah berhutang, bagaimana nak mengeluarkan zakat. Sepatutnya mereka termasuk dalam senarai penerima zakat.

Banyak pendapat tentang jenis zakat tanaman.

Menurut Imam Syafie, tanaman yang menjadi makanan asasi penduduk setempat. Contohnya padi. Negara kita cukup kuat berpegang dengan Mazhab ini.

Sedang disisi Imam Abu Hanifah, sebarang jenis tanaman asalkan ia ditanam dan hasilnya boleh diambil. Contohnya getah dan kelapa sawit.

Mazhab Abu Yusof mewajibkan setiap yang keluar dari tanah dan dapat bertahan selama setahun.

Mazhab Maliki mensyaratkan ia ditanam, tahan dan kering sama ada berupa makanan atau tidak.

Imam Ahmad berpendapat wajib setiap yang ditanam, kering dan tahan lama. Di kecualikan beberapa jenis buah-buahan.

"Kalau ikut keadaan semasa, harga getah dan kelapa sawit yang tinggi. Kalau kita ikut ijtihad Imam-imam lain, kita boleh ambil zakat dari sini." Saya buat kesimpulan. Ringkas.

Kita di Malaysia, pegangan terhadap Mazhab Syafie adalah keterlaluan. Sampai ada yang menganggap meninggalkan Mazhab Syafie sebagai satu dosa. Terlalu ta'sub. Perlu ada perubahan sikap dalam soal ini.

Mengenai persoalan zakat tanaman, perlukan tindakan bijak dan berhemah untuk menyelesaikan masalah ini bagi kebaikan negara dan ummahnya. Kita serahkan urusan ini kepada yang berkelayakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...