Langkau ke kandungan utama

Dr.M keluar UMNO

Berita terkini, Tun Dr. Mahathir mengumumkan beliau keluar dari UMNO. Bagi saya, berita tersebut tidak menggemparkan. Selama ini pun beliau mengkritik Pak Lah seperti beliau sudah berada di luar UMNO.

Serangan Dr.M ke atas parti segera ditangkis juak-juak Pak Lah. Pandangan Dr.M sering diperlekeh orang-orang besar dalam UMNO. Dr.M diingatkan supaya tidak mengganggu urusan pentadbiran UMNO dan negara di bawah Pak Lah.. Ketika itu hanya nama-nama yang terbuang sahaja yang dilihat bersimpati dengan Dr.M seperti Datuk Ruhanie, bekas MP Parit Sulong.

Hanya selepas PRU12 baru-baru ini, beberapa pemimpin UMNO yang baru tersedar dari mimpi indah mereka menerima hakikat teguran yang dibuat oleh bekas Presiden mereka. Hakikatnya ahli-ahli UMNO sendiri yang memboikot calon-calon mereka dalam pilihanraya lalu sebagai pengajaran kepada sikap pekak badak Pak Lah dan orang-orang kanannya.

Kini Dr.M maju selangkah lagi dengan pengumuman tersebut. Beliau turut mengajak sama ahli-ahli yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO hari ini menurut jejak langkahnya. Kita ingin melihat sejauh manakah saranan beliau dituruti. Sudah pasti kita tertanya-tanya sikap yang bakal diambil Datuk Mukhriz nanti.

Namun perlu diingat, tindakan Dr.M tidak memberikan apa-apa kredit kepada Pakatan Rakyat. Dr.M hanya akan berada di luar parti sehingga Pak Lah berundur dari UMNO. Beliau turut mengingatkan pengikut-pengikutnya agar tidak melompat ke parti lain sebaliknya menunggu sehingga berlaku perubahan dalam pucuk pimpinan UMNO.

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) tidak perlu mengulas isu ini keterlaluan sehingga meminggirkan isu-isu penting. Kedudukan sebagai kerajaan di lima negeri perlu dipertahankan dengan menonjolkan dasar-dasar serta corak pentadbiran yang memberi kesejahteraan kepada rakyat. Zaman menghentam UMNO sudah berlalu. Sekarang ialah waktu membuktikan keupayaan dan keikhlasan bekerja membangunkan negeri dan rakyat.

Isu kenaikan harga barang khususnya harga beras perlukan perhatian yang sewajarnya. Kesusahan dan kepayahan rakyat menanggung kesan kenaikan ini perlukan pembelaan dari wakil-wakil yang mereka pilih dalam pilihanraya lalu. Ceritakan kepada rakyat apakah tindakan yang telah diambil bagi menangani masalah tersebut dalam ceramah-ceramah daripada terlalu menyentuh isu-isu dalaman yang membabitkan UMNO. Jangan asyik bercerita tentang kelemahan orang sedang kewajipan sendiri belum terlaksana.

Biarkan UMNO sendiri menyelesaikan kemelut dalaman mereka. Sama ada Pak Lah kekal sebagai Presiden UMNO atau sebaliknya, terserah kepada ahli-ahli mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...