Daripada 544 kes kesalahan rasuah yang melibatkan kumpulan sektor awam dalam tempoh lima tahun sejak 2003, Jabatan Pelajaran menduduki tempat kedua dengan 59 kes. Memalukan! Institusi yang diharapkan untuk melahirkan generasi MANUSIA dicemari dengan perbuatan tidak bermoral segelintir pegawainya yang tidak bertanggungjawab.
MANA NAK DATANGNYA BERKAT!!!
Kepada menteri, timbalan menteri dan yang sekutu dengannya, daripada sibuk menghalang wakil kerajaan Pakatan Rakyat merasmikan program-program di sekolah kerajaan adalah lebih baik beri perhatian membasmikan rasuah di kalangan pegawai jabatan pelajaran.
Untuk rekod,
PDRM 217 kes.
Pelajaran 59 kes.
Pihak berkuasa tempatan 28 kes.
Jabatan kebajikan masyarakat 19 kes.
Jabatan Agama Islam 14 kes. (sebahagiannya melibatkan kes tangkapan khalwat- pengarang)
Lain-lain 148 kes.
Seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat.
Ulasan