Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mengutamakan orang lain dalam beribadah adalah dibenci

Pernah suatu hari saya dipanggil Puan Guru Besar( bekas guru besar ) ke biliknya. Ketika itu dia baru saja menjadi GB di sekolah tempat saya mengajar. Dalam pertemuan itu, saya ditanya mengenai cara pengendalian solat zohor berjamaah oleh Panitia Pendidikan Islam. Selepas menerangkan beberapa perkara, saya pun berkata, " ketika solat sayalah imamnya atau sesekali cikgu lain."   Tapi katanya, cara yang saya buat itu tidak betul. Dia mencadangkan supaya saya melantik imam dari kalangan murid manakala saya pula melihat mereka sembahyang sampai habis.  Saya jawab, itu bukan cara Nabi. Sabda Nabi, " solatlah kamu seperti mana kamu melihat Aku bersolat ." Maksudnya, sahabat belajar solat dengan Nabi dengan melihat Nabi bersolat. Bukannya Nabi melihat sahabat bersolat, baru Nabi bersolat. Katanya pula, itu Nabi ajar sahabat. Tapi kita nak ajar anak murid kita.  Malas pula saya nak bertengkar dengan dia. Maklumlah perempuan bila dah jadi Guru Besar. Besar kepala. Mesti nak ...

Allah mahu mencabar manusia

H1N1@ selsema babi. Lagi bala Allah buat umat manusia. Mudah pula berjangkitnya. Hanya sentuhan dengan orang yang menghidapnya. Ingatkan selsema babi tu hanya menyerang orang yang makan babi sahaja.  Seorang doktor perubatan pernah berkata, semakin canggih dunia perubatan semakin canggih penyakit yang Allah hantar kepada kita. Saya yakin doktor ini seorang yang beriman kerana dia bijak mengaitkan setiap kejadian dengan Yang Maha Berkehendak. Allah sebenarnya mahu mencabar kita. Bukan sekali malah sudah berkali Allah mencabar manusia. Dalam surah al-Baqarah Allah mencabar manusia yang ingkar dengan kitab Allah agar mencipta satu surah yang menyamai surah dalam al Quran( al-Baqarah: ayat23 ). Allah juga mencabar manusia dan jin jika mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi ( ar-Rahman: ayat33 ).  Dalam hal ini Allah mungkin mahu mencabar manusia supaya menggunakan seluruh kudrat meliputi akal yang dianugerahiNYA bagi mencari penawar untuk setiap wabak yang mengganggu ketenteram...

Ketika warisan Rasul diagihkan, di mana kamu?

Pada suatu hari, Abu Zar al Ghifari radhiallahu 'anhu pergi ke pasar di Kota Madinah. Di sana beliau melihat masyarakat di sekelilingnya penuh dengan kekacauan dan kebodohan. Pada pandangannya, masyarakat lebih memberi tumpuan terhadap hal-hal duniawi dengan bertindak secara sesuka hati tanpa pedoman serta menjadikan akal sebagai tuhan mereka. Jiwa sucinya bergetar, rasa takut menjalar dalam dirinya demi melihat kelalaian kaumnya. Abu Zar lalu berteriak, " wahai kaumku, apa yang kalian lakukan dengan harta-harta perdagangan kamu sehingga mengabaikan harta-harta warisan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang sedang diagihkan di masjid saat ini ." Mendengar teriakan itu, mereka lantas berlari menuju ke Masjid Nabawi dengan harapan dapat memperolehi warisan yang dimaksudkan itu. Namun ketika mereka sampai di masjid itu malah yang ada hanya orang-orang yang sedang khusyuk mengabdikan diri kepada Allah dan halaqah-halaqah pengajian. Mereka lalu kembali menyatakan hal ...

Berkongsi rasa

Segala tuduhan yang pernah dilemparkan, bukan lagi satu tuduhan. Segala keraguan kini terbukti kebenarannya. Terserlah kini kecurangan SPR menjalankan amanah rakyat. SPR kini malah lama sebelum ini bersedia menggadai harga diri untuk melayan nafsu buas puak-puak dalam BN untuk terus kekal berkuasa. Apa saja dalih, sukar untuk menidakkan SPR sebenarnya kuda tunggangan malah kuda yang sangat seronok ditunggang oleh pemimpin-pemimpin BN khususnya Pengerusi baru mereka. Sudah lama rupanya SPR dan BN berkongsi rasa. Seronok BN seronoklah SPR. Suka BN sukalah SPR. Sedih BN malah lagi sedihlah SPR. Bimbang BN maka sudah tentu SPR lagi bimbang. Pondok panas yang selama ini sangat sinonim dengan mana-mana pilihanraya baik kecil mahupun umum tiba-tiba diharamkan dengan alasan yang langsung tak masuk akal. Yang pastinya pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini baik Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang menyaksikan pondok-pondok panas Pakatan Rakyat mendapat sambutan ...

Lawak Bang Ali

Kalaulah ada anugerah Raja Lawak UMNO, Ali Rustam orang yang paling layak. Banyak fe'el nya yang membolehkan orang ketawa terbahak-bahak. Bukan kerana orang terhibur dengan lawak bodohnya tapi kerana orang meluat. Bayangkan ada orang boleh gelak kerana meluat. Semua dah maklum cerita lawak bodoh dia. Saja nak ceria-ceriakan petang ni. Dulu dia pernah larang pegawai-pegawai kerajaan Melaka dan ahli UMNO negeri itu melawat Kelantan. Alasannya, pemimpin PAS suka mengkafirkan ahli UMNO. Menjelang pemilihan UMNO 2009 yang dia sendiri nak bertanding sebagai Timbalan Presiden, larangan itu ditarik balik. Dia kata, ahli PAS sekarang dah tak kafirkan orang-orang UMNO. Padahal dia buat macam tu supaya dia dapat masuk negeri Kelantan untuk berkempen dan beri RASUAH kepada perwakilan-perwakilan Kelantan. Lawakkan? Kah, kah, kah. Ada sekali tu dia jemput Shah Rukh Khan nak bagi anugerah Datuk sebab hero Bollywood tu pernah buat penggambaran di negeri Melaka. Itu kira mempromosikan negeri Melak...

Mengharap Rahmat Tuhan

Mengharap Rahmat Tuhan oleh: Abu Anwar al Alifi Perlahan dia membuka matanya. Rengek si kecil menghentikan mimpi indah semalam. Seketika dia beralih ke arah si kecil sebelum matanya tertancap tepat ke jarum jam. Memang masa tidak pernah menunggu manusia dan manusia pula seperti sengaja tidak mengendahkan kehadirannya. Lalu terkeluar ayat lazim "masa mencemburui kita". Subuh masih panjang, fikirnya. Sempat lagi kalau nak layan-layan kepala. Fikirannya melayang mengingati peristiwa semalam. Dia terkhilaf lagi. Sudah berulang kali dia terjerumus ke dalam dosa itu. Sudah berkali-kali juga dia beristighfar menyesali keterlanjurannya. Dan pagi ini dia menyesal lagi. Sungguh-sungguh menyesal. Ahhh, sama seperti dulu. Buat kemudian menyesal kemudian ulang lagi. Dia dimarahi diri sendiri. Segalanya dilupakan. Lupa pada Allah yang sentiasa memandangnya. Lupa kepada malaikat yang mengawalnya di kiri dan kanan. Lupa pada pesan guru. Dan paling menyedihkan dia lupa siapa dirinya. Hilang m...

Kabinet Najib atau Kabinet Dr M?

Kabinet baru. Macam-macam ulasan dah terbit sebaik diumumkan Perdana Menteri petang tadi. Ramai yang kata kabinet kitar semula. Muka yang sama cuma ubah kementerian saja. Seperkara lagi, Datuk Seri Najib melantik semula bekas-bekas Menteri dan Timbalan Menteri yang dipinggir Pak Lah setelah kalah dalam PRU lalu. Kalau itu yang dimaksudkan transformasi Najib, saya setuju. Maka tersenyum lebarlah Tsu Koon, Awang Adek( bekas MB Kelantan yang tak jadi ) dan Shahrizat. Tulisan yang serba serbi cetek ini sekadar pandangan biasa seorang rakyat Malaysia yang tidak dapat lari dari terkena tempiasnya. Melihat dengan menggunakan kaca mata sendiri. Melihat seakan adanya pengaruh Dr M dalam menentukan corak kabinet Najib. Anaknya yang tiada berjawatan dalam UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri meninggalkan Khairy yang baru ditabalkan selaku Ketua Pemuda berputih mata. Bekas Presiden UMNO itu memang tidak pernah sukakan Khairy. Malah meluatnya pada menantu Pak Lah itu tidak pernah padam sehingga h...