Langkau ke kandungan utama

Catatan

Salam Lebaran

Ramadan 1429H melabuh tirainya. Berakhirlah bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Beruntunglah bagi hamba-hamba Tuhan yang berusaha bersungguh-sungguh mengutip mutiara sepanjang kembara di bulan barakah ini. Bagi mukminin dan muttaqin, pemergian Ramadan diiringi dengan tangis hiba bagaikan tidak mahu melepaskannya pergi lantaran sentiasa merasakan amalan yang dikerjakan tidak pernah mencukupi. Di samping berharapkan akan ada Ramadan yang kedua dan seterusnya untuk memuaskan keinginan dan ketamakan beribadah yang tidak pernah padam. Namun apakan daya, kehendak-NYA Ramadan hanya datang sekali atau sebulan dalam setahun. Malanglah bagi mereka yang membiarkan Ramadan berlalu begitu sahaja tanpa daya usaha memperbaiki amalan dan diri ke arah mencapai reda Allah. Mereka gagal membentuk jiwa yang takut kepada Allah, sebaliknya tetap tunduk dan patuh kepada nafsu ammarah yang meronta minta dipuaskan. Sungguh menjelekkan apabila kemurniaan Ramadan dicemari dengan mengingkari perintah puasa, s...

Zakat fitrah dengan beras

Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran mazhab Syafi'e yang menjadi pegangan penduduk negara ini. Saranan ini dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa seorang mudir Madrasah ar-Rahmaniah di Sik, Kedah. Baca di sini Saya sangat setuju dengan saranan ini tetapi bukan kerana ia berasal dari Mazhab Syafi'e tetapi kaedah ini lebih mendekati sunnah. Selain ulama Mazhab Hanafi, ulama lain hampir sepakat zakat fitrah hendaklah dikeluarkan dari bahan makanan yang menjadi makanan asasi setempat. Ia berdasarkan hadis dari Ibn 'Umar yang bermaksud: " Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dari Ramadan sebanyak satu sukat dari kurma atau satu sukat gandum atas hamba atau orang merdeka, lelaki dan wanita, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum muslimin. " (riwayat Bukhari dan Muslim- rujuk kitab Fiqhus Sunnah) Abu Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu 'anhu seperti yang d...

Tingkatan Amal Manusia

Antara perkara yang perlu diperhatikan oleh setiap individu Islam dalam menilai saudara semuslimnya ialah memahami setiap manusia Islam itu ada tingkatan-tingkatan tertentu dalam beramal. Keliru bila kita memperlakukan Muslim lain tanpa melihat kepada perbezaan-perbezaan yang dinyatakan. Di dalam masyarakat terdapatnya individu yang awam dan khusus, senior dan junior, serta yang lemah dan yang kuat. Islam sendiri dapat menerima perbezaan-perbezaan tersebut sehingga kita menjumpai istilah-istilah dalam ilmu Islam seperti azimah , rukhsah , 'adil , fadl , fardu , sunnah dan mustahab . Istilah-istilah ini memberi gambaran bahawa ada beberapa ketika Islam tidak begitu menekan umatnya dalam beramal. Sehingga orang yang sakit boleh solah sambil duduk, berbaring malah menggunakan isyarat mata sekalipun. Allah 'azza wa jalla berfirman, " kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiayai diri...

Salawat kuat

" Salawat kuat-kuat sikit. Macam tak dak orang ." Peringatan pengerusi buat para jamaah malam tadi. Semalam para jamaah diminta supaya menguatkan ' volume ' masing-masing menyahut seruan salawat dari bilal antara dua rakaat salawat terawih. Satu amalan biasa ketika bertarawih bagi orang-orang Melayu di Malaysia. Saya katakan amalan Melayu, kerana al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan orang Islam tidak menyebut tentang amalan tersebut. " Dia buat pulak ". Rungut saya dalam hati. Saya ulang sekali lagi seperti saya tulis dalam posting Tahlil Dalam Kenduri Akikah kalau agama diukur mengikut neraca akal, beginilah jadinya. Nak bersolat pun mesti ada bunyi riuh. Barulah nampak meriah. Agaknya kalau tak meriah, Allah tak terima solat kita? Atas dasar apa kita bertasbih, berzikir dan bersalawat antara dua rakaat solat terawih. Bukan ada nas pun. Kalau pun nak berzikir atau bersalawat juga dengan alasan itu benda baik seperti pegangan kebanyakan anggota masyaraka...

Jangan gaduh-gaduh

Wah! Kencang juga pukulan Tuan Guru Nik Aziz buat Cikgu Pa. Sampai nak berluku-luku, katanya. Gara-gara tidak sependapat mengenai pelan peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat, dua pemimpin PAS sekarang bertelagah. Tuan Guru seperti kebanyakan penyokong PR yang lain begitu bermati-matian mahukan pelan ini berjaya. Sedang Cikgu Pa pula punyai pandangan sendiri yang dilihat ramai sebagai usahanya menggagalkan pelan yang telah dipersetujui semua pihak dalam PR. Tuan Guru mengingatkan supaya Cikgu Pa kembali kepada keputusan yang dicapai dalam muktamar yang lalu untuk bersama memperkukuhkan PR. Walaupun kenyataan Cikgu Pa dikatakan bersifat peribadi namun sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu kenyataannya dianggap mewakili PAS Terengganu yang begitu kuat mengkritik dasar parti mengenai hubungan PAS dalam UMNO ketika muktamar yang lalu. Setidak-tidaknya kenyataan ini menimbulkan syak wasangka yang besar di kalangan penyokong PAS dan PR bahawa Cikgu Pa dan PAS Terengganu tidak sependapat denga...

Zaid yang berprinsip.

Tidak sukar untuk menela sikap Datuk Zaid Ibrahim. Beliau bukan melawan arus, bukan juga menentang kerajaan yang didokongnya sebaliknya berpegang dengan prinsip liberal yang dianutinya. Seorang liberal seperti Datuk Zaid tidak sekali-kali membenarkan sebarang bentuk halangan kepada amalan kebebasan. Fahaman liberal adalah bertitik tolak dari fahaman sosialis yang memperjuangkan kesamarataan dan kebebasan. Selain bersikap skeptikal dalam sesuatu isu termasuk dalam perkara agama. Tidak hairanlah kerana terlalu terbuka dan skeptikal para liberalis turut mencabar hukum hakam agama seperti hukum faraidh dengan anggapan agihan yang telah ditetapkan al Quran sebagai tidak adil. Tetapi bagi mereka bukan agama yang dicabar sebaliknya kesesuaian perlaksanaan hukum yang tidak relevan dengan zaman lalu menuntut dilakukan perubahan. Begitu juga mereka bermati-matian menentang perlaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam yang mereka lihat lebih menyebelahi kaum lelaki. Mereka mahukan semua manusia dil...

Dia ahli UMNO laaa.....

Memang tak masuk akal! Jawapan yang diberi Syed Hamid kepada soalan wartawan mengapa Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera tidak ditahan ISA langsung tidak boleh diterima akal. Diulangi, tidak masuk akal bagi orang yang berakal kecuali orang yang tidak berakal. "Dalam pada itu, beliau menafikan tiada tindakan diambil terhadap Datuk Ahmad Ismail kerana Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu telah menerima akibat digantung keahlian parti selama tiga tahun. " Patutkah dia samakan hukuman ke atas Raja Petra, Teressa dan Tan Hoon Cheng dengan Ahmad. Seperti langit dan bumi bezanya kedua hukuman tersebut. Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis. Seorang ini pula dibawa ke PWTC. Ketiga-tiga mereka disiasat polis. Seorang ini pula disiasat MT UMNO. Ketiga mereka ditahan lokap. Seorang ini pula cuma digantung keahlian. Ketiga mereka terperosok dalam tahanan. Seorang ini lepas bebas berkeliaran. MANA MUNGKIN SAMA!!! Senang cakap, Ahmad Ismail ahli UMNO manakala yang bertiga itu musuh UMNO...