Langkau ke kandungan utama

Membendung jalan menuju syirik

Islam telah berusaha dengan pelbagai cara di samping menghancurkan jalan-jalan yang membawa umatnya kepada syirik atau menyerupai perbuatan golongan musyrikin.

Antaranya kita menemui ketegasan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menolak sikap yang berlebihan dalam menghormati Baginda. Justeru Baginda mengingatkan para sahabat-Nya melalui sabdaan yang bermaksud, “Janganlah kamu menyanjungi diriku seperti orang-orang Nasrani menyanjungi Isa ibn Maryam. Dan katakan (bahawa aku ialah) Hamba Allah dan utusan-NYA.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, (maksudnya) “Bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Apa yang dikehendaki engkau dan Allah? Lalu Nabi menyanggah (dengan berkata): Apakah engkau telah menjadikan aku sebagai sekutu Allah? Katakanlah: Apa yang dikehendaki Allah saja.”(an-Nasaa-i)

Pernah berlaku satu peristiwa di zaman Rasulullah, orang-orang mukmin diganggu seorang munafik. Lalu orang-orang mukmin tadi berkata, “ayuh kita minta pertolongan dari Nabi dari gangguan orang munafik. Lalu Nabi bersabda kepada mereka, “sesungguhnya janganlah kamu meminta pertolonganku tetapi mintalah pertolongan Allah.” (Riwayat oleh Thabrani)

An-Nasaa-i melaporkan dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawa sekumpulan manusia telah berkata: “Wahai Rasulullah, wahai orang yang paling baik dan anak dari orang yang paling baik, wahai tuan kami dan anak dari tuan kami.”

Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan: “Wahai manusia! Berkatalah dengan bahasa kalian. Dan janganlah sekali-kali syaitan diberi kesempatan menghina kalian. Aku adalah Muhammad hamba Allah dan utusan-NYA. Aku tidak suka kamu  meyanjungi aku melebihi dari apa yang Allah tetapkan ke atasku.” (Riwayat an-Nasaa-i)

Demikian Nabi mengajar para sahabat dan orang-orang pada zaman Baginda agar memberikan hak kepada yang berhak. Ada pun hamba itu ialah hamba dan selamanya hamba manakala Tuhan itu adalah Allah.

Ramai orang yang cenderung memuji dan memuja pemimpin mereka. Ada pujian yang dibuat secara ikhlas dan tidak sedikit juga pujian yang bermaksud mengampu dan mencari kedudukan. Lalu bagaimana kalau pemimpin itu seorang Nabi bahkan Nabi yang paling utama? Tentu sekali hasrat ingin memuji dan memuja membuak-buak dari sanubari umat dan pengikut yang sangat mengasihiNya.

Namun Nabi tetap mengingatkan mereka agar jangan melampaui batas sehingga menyamakan pujian ke atasNya dengan pujian ke atas Allah. Kerana pada pujian itu terkandung syirik tanpa disedari.

Ulasan

Iman berkata…
assalamualaikum...
betul tu,sekarang kebanyakkan manusia menganggungkan kehebatan dunia dr kehebatan Allah SWT...
mereka membenarkan dgn hati mereka bhawa kerja yg memberi rezeki kpd mereka, bukan Allah...
Kerja ape2 pun, tetap rezeki itu datang dr Allah...
Pang5 berkata…
Dalam majlis2 rasmi yang dihadiri oleh orang2 besar atau ketua2 jabatan sering kita disuruh berdiri ketika para pembesar atau ketua2 masuk ke dewan.

Sedangkan Nabi sendiri pernah melarang para sahabat berdiri ketika menyambut Baginda.

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed