Langkau ke kandungan utama

Betik

Betik kaya dengan vitamin A(kulitnya) dan kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan kandungan seratnya juga tinggi. Betik juga sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. -rujukan



Umum mengetahui betik bukan sahaja memberikan khasiat dan vitamin untuk tubuh badan malah pada rasanya yang enak. Bagi saya betik bukan saja sesuai dengan selera di mulut bahkan sesuai juga dengan sistem penghadaman. Walaupun musim durian, betik juga pilihan saya. Dan setiap kali saya makan betik, proses membuang air besar menjadi lebih lancar. (Maaf kalau ada yang tak senang dengan frasa ini!)

Teringat saya ketika Ramadan 1430H yang lalu. Saya dan teman-teman, Cikgu Fuad, Pak Su Yazid, Bang Mat dan Fauzi berbuka puasa di surau. Teman-teman ini merupakan ahli jamaah Tabligh yang aktif. Saya sangat suka dan sayangkan mereka. Mereka sangat membantu dalam aktiviti-aktiviti surau dan kemasyarakatan. Dengan sokongan dan kerjasama mereka, saya istiqamah berbuka di surau sejak dua Ramadan yang lalu. Ketika ini Cikgu Fuad dan Pak Su Yazid masing-masing berada di Sabah dan Selama, Perak kerana mengikut jamaah keluar 40 hari.



Ramadan itu kami dikurniakan rezeki betik yang tak putus-putus. Setiap hari juadah berbuka terhidang dengan betik dari pokok yang ditanam di tepi surau al-Muhtadin. Selain tamar, betik juga menjadi pilihan utama. Selepas bersolat maghrib, saya ditugaskan menghabiskan buah betik kerana awal-awal lagi saya maklumkan bahawa betik adalah kegemaran saya. Dan esoknya, selesai saja memberi salam solat subuh, saya bingkas meninggalkan surau kerana isi perut sedang meronta-ronta mohon segera dikeluarkan. Demikianlah nikmat Allah yang dikurniakan kepada saya melalui perantaraan betik.



Semalam saya berjaya menghabiskan sepinggan betik dan pagi tadi ....... الحمدلله الذي أذهب عني الأذى وعافاني Manakala pokok betik tersebut telah ditebang pada bulan Mac lalu dalam satu program gotong royong membersihkan surau yang baru diubah suai. Lagi pun pokok itu sudah tidak mengeluarkan buah lagi. Pada Ramadan yang lepas, pokok betik itu menjadi sebutan saya dan Pak Su Yazid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...