Adalah menjadi satu kebiasaan bagi pak-pak menteri, YB-YB, orang-orang besar negeri/negara membawa keluarga masing-masing makan angin di destinasi pelancongan ternama dalam atau luar negara.
Berbeza dengan YB Pantai Merdeka yang lebih suka memilih untuk makan angin dalam kawasan sendiri. Baru-baru ini YB dah angkut anak menantu serta cucu-cucu berkelah dan bermalam di Pulau Sayak. Walaupun bajetnya sederhana, yang penting percutian ini mengeratkan persaudaraan kami anak beranak yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Bila masing-masing dah berkeluarga dan dapat peluang melakukan aktiviti-aktiviti yang jarang dilakukan bersama, memang seronok rasanya. Makan bersama, barbecue, mandi manda, kutip siput, melayan keletah si kecil, tidur dalam rumah yang sama , senda gurau dan banyak lagi.
Tak dinafikan masing-masing ada masalah atau beban kerja. Lupalah sekejap segala masalah yang sedang ditanggung. Mungkin juga dapat cas semula bateri yang sudah 'kong'.
Ulasan