Alhamdulillah wal hamdulillah. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Luas RahmatNYA kerana diberi peluang lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan. Sememangnya Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan kedatangannya oleh sekalian makhluk Allah. Ramadan ibarat bulan penuh keajaiban. Ia datang menyapa hati-hati yang lalai untuk kembali mengingati Allah. Insan berlumba-lumba melakukan amal kebajikan. Bulan penuh barokah ini juga menjadikan insan mampu membezakan kebaikan dan keburukan. Lalu kebaikan diusahakan semaksima mungkin sedang maksiat sedaya upaya dijauhkan. Masakan tidak. Syaitan dirantai dan dipenjarakan, pintu neraka ditutup, manakala rahmat dan maghfirah Allah bertebaran. Subhanallah. Namun masih ada yang lalai. Moga diri tidak tergolong dalam golongan yang lalai. Salam Ramadan untuk semua. Moga kita diberi kekuatan pada melaksanakan perintah Allah. Diberi ketabahan pada menghadapi ujian kelaparan dan kepayahan. Diberi kesabaran pada menghadapi ujian b...