“Mana pengantin perempuan? Kami nak tengok.” Kata mak-mak saudara kepada anak saudara kesayangan mereka yang baru melangsungkan perkahwinan di hari bersejarah kedua mempelai tersebut. Tak kisahlah, nanti pun nak kena masuk ‘geng’ juga.
Tapi yang menyampahnya dan sangat tak patut bila bapa-bapa saudara pun menyibuk sama. “Ha, mana dia? Tak kan nak simpan kut?” Laaa.. dah kemaruk sangat ka? Si pengantin perempuan tu bukan anak saudara hangpa. Dia cuma bini anak saudara hangpa. Apa alasan hangpa nak tengok dia?
“Hoi Man, mana bini hang? Bawak mai la. Kami nak tengok Jerit si kawan-kawan dari tempat basuh pinggan. Ini lagi kemaruk. Apa jadahnya nak tengok bini kawan. Kalau hangpa tu dah kahwin balik rumah tengok bini sendiri la. Kalau tak kahwin lagi, cepat-cepatlah berikhtiar. Nampak dah teruk semacam. Sampai bini orang pun teringin nak tengok.
Masalahnya si mamat yang kononnya raja sehari tu pula dengan bangganya dan terhegeh-hegeh bawak bini jumpa kawan-kawan. Tak cukup lagi. Usik-usik. Bergurau bertampar. Duduk dekat-dekat, himpit-himpit nak ambil gambar.
Ala,hari ni saja. Raja sehari katakan. Raja sehari tengkorak hang. Buat yang ni kena suruh, buat yang tu kena suruh. Orang nak tengok bini pun bagi. Raja apa?
Tapi nak buat macam mana? Dah jadi adat. Jadi budaya. Tak ikut nanti dikatakan sombong pula. Bukan kemahuan sendiri pun. Betul kah?
Ulasan
macam kawan cek baru ni, berkenalan di Mesir, belajar sesama agama tapi terpaksa bersanding jugak, kerana kehendak orang tua yang mengikut adat...