Langkau ke kandungan utama

Nikah di masjid: Penjelasan Datuk Ahmad Jusoh

Baca dulu, renung dulu, kaji dulu, baru komen. Kalau nak hentam pun, hentamlah.

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Ahli Majlis Fatwa Perlis Datuk Ahmad Jusoh menafikan beliau ada mengatakan menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah menyimpang amalan Rasulullah.

Sebaliknya beliau menegaskan, akad nikah di masjid bukan amalan Rasulullah dan oleh itu mana-mana pasangan yang mahu bernikah boleh memilih lokasi lain selain masjid.

Ahmad juga menegaskan, ketika itu beliau bercakap atas kapasiti Pengerusi Jawatankuasa Masjid Putra, Kangar dan bukannya selaku ahli Majlis Fatwa Perlis seperti dilaporkan media hujung minggu lalu.

“Ketika mesyuarat ada seorang imam beritahu kepada saya ada pasangan nak buat akad nikah di masjid, kemudian saya kata tidak perlu buat di masjid kerana di mana-mana pun boleh selagi cukup syarat nikah.

“Kemudian saya jelaskan kalau selalu buat di masjid kemungkinan ia akan menjadi satu upacara yang bertentangan ketika di zaman Rasulullah sebab ketika itu Rasulullah tidak pernah buat akad nikah di masjid.

“Rasulullah tidak pernah buat, jadi buat apa mesti kita nak buat tapi kalau nak buat itu tiada masalah kerana Rasulullah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang nak bernikah tidak boleh buat di masjid,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas Ahmad, beliau bimbang sekiranya akad nikah di masjid menjadi amalan orang Islam ia akan menyamai perkahwinan penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Kita agama Islam tiada jurunikah, yang ada hanya wali sahaja... saya cuma tak mahu nikah di masjid ini jadi satu amalan dan Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Nikah di masjid ini bukan amalan Rasulullah dan Rasulullah juga tidak pernah menikahkan anak perempuannya di masjid . . . begitu juga dengan para sahabat, kalau bukan amalan Rasulullah buat apa nak ikut, lagi pun bukan wajib untuk lakukan akad nikah di masjid,” katanya.

Menurut Ahmad, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

“Itu hanya sekali sahaja Rasulullah melakukan akad nikah di dalam masjid, bagi saya kalau Rasulullah tak buat dan bukan jadi amalan Rasulullah buat apa kita mesti nak buat.

Tapi kalau nak buat tiada masalah sebab Rasulullah tak larang cuma saya tidak galakkan, itu sahaja,” katanya.

Sabtu lalu Ahmad berkata menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang amalan Rasulullah.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

Sementara itu Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata apa yang berlaku sebenarnya salah faham yang mana wartawan tidak melaporkan kejadian yang sebenarnya berlaku.

Beliau juga berkata apa yang dikatakan Ahmad ketika itu adalah pandangan peribadi dan bukan mewakili Majlis Fatwa Perlis.

“Beliau (Ahmad) bercakap atas kapasiti pengerusi Masjid Putra dan ia adalah pandangan peribadi, wartawan yang membuat laporan itu tidak jujur kerana ketika itu beliau bercakap dalam mesyuarat masjid.

“Mungkin ketika itu beliau berpendapat tidak wajar akad nikah dilakukan di masjid setelah mengambil kira aspek-aspek lain, itu sahaja... ia sebenarnya hanya salah faham,” katanya.

Kata Juanda, Ahmad telah menjelaskan perkara yang sebenar dan bagi pihak Majlis Fatwa Perlis tiada larangan dibuat bagi mana-mana pasangan yang mahu melakukan akad nikah di masjid.

“Kita di Perlis tiada fatwa yang melarang akad nikah dilakukan di masjid, bahkan kita pernah melakukan perkahwinan secara besar-besar di masjid.

“Jadi ia tiada larangan, dan saya minta agar pihak yang melaporkannya bersikap jujur,” katanya.

Ulasan

ans berkata…
http://www.youtube.com/watch?v=tm_HK3sXvvM&feature=player_embedded
Azridul berkata…
Terima kasih di atas perkongsian ini.

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...