Langkau ke kandungan utama

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan



Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah.


Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana?

Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan ke Lumut dengan menukar rancangan bercuti di Lumut. Kira-kira dua kilometer perjalanan, barulah ternampak papan tanda ke Pasir Salak. Tak jadilah ke Lumut sebaliknya kembali ke rancangan asal. Saya rasa seperti kerajaan negeri tak beri perhatian kepada tempat-tempat bersejarah seperti ini. Mujur juga saya ada kesungguhan untuk sampai.


Pintu gerbang mengalu-alukan kedatangan pelancong

Sebaik sampai di Pasir Salak, isteri saya cuba mendapatkan bilik di resort berhampiran. Kami tidak membuat tempahan awal kerana ia perancangan bersifat segera. Dapat juga satu bilik penginapan dengan sewanya RM210. Dalamnya ada satu ruang tamu, dua bilik tidur dan beranda untuk menikmati suasana sekitar resort. Ia terletak bersebelahan dengan tapak bersejarah Pasir Salak dan di tepi Sungai Perak tempat berlakunya peristiwa pembunuhan JWW Birch.


Sungai Perak yang 'berdarah'

Mulanya kami fikir berbaloi dengan sewa RM210. Tetapi menjelang petang, segalanya dah jadi 'hampeh'. Dari petang sampai pagi esoknya, saya dan isteri langsung tak mandi kerana air tiada. Anak-anak langsung mandi di kolam renang yang penuh dengan pengunjung lain. Rupa-rupanya kawasan tersebut sering berlaku masalah air. Kalau dah macam itu, mengapa pula dikenakan caj yang tinggi kepada pengunjung resort. Dan mengapa tidak dikhabarkan awal-awal? Bukankah ia juga boleh dikategorikan sebagai satu penipuan? Rasanya dah serik nak ke situ lagi dan tak teringin langsung nak rekomenkan pada kekawan atau saudara mara.


Aksi manja Ummu Anis dengan anak sulungnya di beranda


Anis di ruang tamu


Pengunjung tertumpu di kolam renang.

Pagi esoknya kami check out jam 8 pagi. Saya sempat mandi setelah secara tidak sengaja terbuka paip. Selepas saya mandi, air terputus lagi. Ketika menyerahkan kunci bilik, isteri saya sempat merungut yang dia tidak mandi sejak semalam.


Bilik air yang tiada air


Bilik tidurnya boleh tahan, tapi kalau dah tak mandi.... mana tahan!

Sebelum meneruskan perjalanan pulang kami singgah kompleks bersejarah Pasir Salak. Seronok juga dan lupalah sekejap rasa kecewa bermalam di resort itu. Sambil fikiran cuba membayangkan peristiwa berdarah yang berlaku pada 2 November 1875. Bagi saya, Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohd Amin, Ngah Ibrahim dan selainnya yang terlibat merupakan pejuang-pejuang yang bukan sekadar mempertahankan tanah, hak mengutip cukai, bangsa dan tanah air semata-mata malah mereka mujahidin yang membela kesucian agama Islam dari gangguan penjajah. Buat mereka saya doakan semoga Allah mengampuni, merahmati dan menerima perjuangan mereka sebagai jihad fi sabilillah. Allahummaghfirlahum, warhamhum, wa'afihim, wa'fu 'anhum.

Pintu masuk kompleks

Bangunan di belakang tu ada terowong masa

Tiba-tiba saja berderau darah Melayu ku!!!


Berlatar belakangkan kawasan JWW Birch di bunuh


Dua barang lama yang semakin dilupakan generasi kini. Keris dan tabuh.

Semangat jihad mereka perlu dihayati dalam perjuangan mengembalikan Perak sebagai sebuah negeri yang mendaulatkan Islam dan menjamin keadilan serta kesejahteraan rakyat Perak. Takbir! Berdasarkan penunjuk arah saya menjumpai makam Siputum iaitu orang yang dikatakan menetak kepala JWW Birch. Malangnya ia agak bersemak. Sekali lagi, ia seolah tiada nilai sejarah.


Tiada maklumat mengenai bangunan ini.



Dalam perjalanan pulang, isteri saya bertanya kalau saya serik untuk datang lagi ke sini. Ya, serik-serik juga. Tapi bukan sahaja kerana servis di resort yang tak mesra pelanggan tapi sebenarnya tak ada apa yang boleh dinikmati selain kompleks sejarah yang dibiarkan usang itu.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bukan sahaja xda dgn x mesra pelanggan...pengurusanyer yg teruk,manager perempuan tu menipu kuat dh tahu slh x reti2 nk minta maaf..kita ni sebagai pelanggan mmg kecewa
Pang5 berkata…
Belum ada perubahan?
edayu berkata…
boley saya tau resort apa? since my family plan to have a vacation to Pasir Salak.
Azridul berkata…
Resort Pasir Salak. Ada tertulis di pintu gerbang. Lihat gambar pintu gerbang di atas.
Tanpa Nama berkata…
Salam,
En. Azridul,

Kami amat memohon maaf kepada En. Azridul sekeluarga di atas masalah dan kesulitan yang dihadapi. Kami telah cuba menghubungi En. Azridul untuk memberikan respon kpd masalah ini (menggunakan cara penyelesaian terbaik) tetapi gagal. Walaubagaimanapun, pihak kami masih terbuka untuk menyelesaikan perkara ini bersama En. Azridul sehingga ke hari ini.
Hubungi kami di talian 05-6318998/999

Pengurusan
Pasir Salak Resort
Tanpa Nama berkata…
Salam sejahtera,

Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati,

Pihak kami memohon maaf bagi masalah atau kesulitan yang dihadapi (berkaitan air) oleh pelanggan-pelanggan yang telah menginap di Pasir Salak Resort.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak pengurusan Pasir Salak Resort bg mengatasi masalah air ini namun masih gagal. Ia sering terjadi terutama pada cuti umum dan ketika jumlah penginap yang hampir penuh (full capacity).

Walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih kepada pihak KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menukar sistem paip air dan membaik pulih premis Pasir Salak Resort ini. Kerja-kerja menukar paip air dan membaik pulih premis ini dijangka siap pada awal tahun 2012.

Sekali lagi kami memohon maaf di atas masalah dan kesulitan dan berterima kasih kerana masih terus setia menjadi pelanggan kami.

Pengurusan
Pasir Salak Resort.
Azridul berkata…
Ulasan ini dipetik dari posting bertarikh 19/2/2011 bertajuk "Kesan media sosial ( reaksi dari tulisan “Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan sejarah yang diabaikan”)"

Dikatakan bahawa media sosial mempunyai pengaruh yang besar dalam keputusan tiga pilihanraya yang lalu iaitu PRU ‘99, PRU ‘04 dan PRU ‘08. Ini ditambah pula dengan hakikat bahawa jumlah pengguna internet di negara ini meningkat dengan mendadak. Pada tahun 2000, jumlahnya sekitar 3.7 juta sahaja. Namun pada tahun 2008, jumlah itu meningkat kepada 16 juta orang.(Nobisha. 2010. Apa Tunggu Lagi. OASIS BOOK Sdn. Bhd.)

Perkembangan media sosial juga menjadikan pengguna bukan lagi bersifat sehala atau sekadar menjadi pembaca kepada web-web tertentu. Dengan muncul jenama-jenama seperti blog, twitter, facebook, tagged dan sebagainya membolehkan sesiapa saja yang menggunakan internet menulis mengikut kemahuan sendiri. Sama ada berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, aktiviti mahupun meluahkan perasaan geram, marah, sakit hati dan kasih sayang. Semuanya boleh dilakukan disini. Di media sosial.

Saya sama sekali tidak menyangka, salah satu entri di blog yang serba kekurangan ini telah menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati. Tulisan itu pun tidak lebih dari cara saya meluahkan perasaan tidak puas hati akibat mendapat layanan yang kurang memuaskan ketika berurusan dengan pihak tersebut. Sebagai pelanggan yang berhak bersuara lalu menggunakan haknya itu, sebaliknya dilayan seperti orang kampung yang bodoh, wajarlah saya menggunakan sedikit kelebihan yang ada iaitu blog picisan ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Saya tidak mengharapkan ada orang yang membacanya dan mengambil peduli dengannya. Dan sungguh tak disangka entri itu pula yang mendapat jumlah hit tertinggi dan disusuli pula dengan komen-komen pembaca yang menghentam pihak tersebut. Adapun komen-komen itu adalah diluar kawalan saya. Dan sekali lagi, ia adalah cara untuk meluahkan perasaan.

Selepas hampir setahun peristiwa tersebut berlaku dan entri berkaitannya ditulis, saya telah diminta oleh pihak tersebut (itu pun melalui facebook isteri saya) agar memadamnya. Saya sedang mempertimbangkannya. Mereka pernah juga menghubungi saya melalui e-mail dan minta no. phone saya untuk berbincang. Saya hairan, mengapa selepas setahun baru mahu berbincang. Sedangkan saya dan isteri merungut mengenainya pada hari kami berurusan dengan mereka lagi.

Ya, inilah kesan media sosial.

Akhir sekali saya berharap pihak tersebut dapat menggunakan ruang komen di entri berkaitan untuk menjawab tulisan saya sama ada hendak membuat pembetulan, nak lepas geram atau nak marah sekalipun. Di tepi blog ini juga ada chat box. Tulislah apa saja. Saya tak kisah. Sudah adat blogger, tidak semua tulisannya disukai orang. Blog ini pun bukanlah berpengaruh sangat. Pengikutnya ada 20 orang saja. Jumlah pengunjungnya pula sejak 2008 baru mencecah ke angka 10,000. Tak perlu bimbang dengan blog ini. Cuma yang perlu dibimbangi adalah kesan dari tindakan yang tidak memanusiakan manusia yang lain. Kerana setiap manusia ada hati dan perasaan. Andai terluka beginilah jadinya.
Azridul berkata…
Terima kasih di atas maklum balas dari pihak pengurusan resort.

Tahniah juga di atas penambahbaikan yang diusahakan. Semoga dengan penjelasan ini menghilangkan syak wasangka pembaca dan menarik minat pembaca menjadikan resort ini sebagai salah satu destinasi percutian pilihan.
Tanpa Nama berkata…
Terima Kasih En. Azridul.

"Salam sejahtera,

Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati,

Pihak kami memohon maaf bagi masalah atau kesulitan yang dihadapi (berkaitan air) oleh pelanggan-pelanggan yang telah menginap di Pasir Salak Resort.

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak pengurusan Pasir Salak Resort bg mengatasi masalah air ini namun masih gagal. Ia sering terjadi terutama pada cuti umum dan ketika jumlah penginap yang hampir penuh (full capacity).

Walaubagaimanapun, kami amat berterima kasih kepada pihak KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menukar sistem paip air dan membaik pulih premis Pasir Salak Resort ini. Kerja-kerja menukar paip air dan membaik pulih premis ini dijangka siap pada awal tahun 2012.

Sekali lagi kami memohon maaf di atas masalah dan kesulitan dan berterima kasih kerana masih terus setia menjadi pelanggan kami.

Pengurusan
Pasir Salak Resort."
Tanpa Nama berkata…
Resort tu ok. Baru2 nie saya buat family day kat kg gajah. kami bermalam di resort ni. Rasanya bolehlah. Mujur masa tu air tak ada masalah. Cuma bising sikit sebab dalam proses penyelenggaraan.
otaiman berkata…
salam semua.. apa pun komen, apa yang saya perhatikan, pihak pengurusn resort tersebut terimalah komen pedas ke arah yang positif. kita dapati ada yang mula bertanya resort ini. trrima kasih kepada yang berikan pendapat dan juga kepada pihak pengurusan yang telah menerima iktibar untuk kebaikan bersama. ini hanya pendapat saya, sekian dan terima kasih.
Tanpa Nama berkata…
agaknya skrg nie camne keadaan di resort tu? teringin juga nak bw anak2 bercuti ke sana.
YeopKampor berkata…
Saya di sini hari ini. Masalah air mmg sama je rasanya...kelmarin sy tgok masih ada notis tekanan air rendah. Bilik saya mmg airnya..laju sikit dari air kencing je. Tp sy ni bknlah kaki komplen, cma td brlaku lah prkara yg sy fikir x patutnya berlalu..siapa yg prnah dtg ke sini msti tau macamna keadaan tpt meletak keretanya. Mmg terhad apalagi bila rmai peserta kursus menginap di sini.

Wktu sy masuk, mmg kenderaan bnyk..sy pon letakla secara double parking, itupon stelah semalamnya dibenarkn oleh petugas kaunter. Td, setahu sy ada mensyuarat sekumpulan pengurusan resort di sini. Tiba-tiba sy dpt call dr kaunter mintak alih kereta sebab katanya kereta boss dia nak keluar & sy pon bergegas keluar, & mntak maaf pd seorang lelaki ditepi kereta yg menunggu..dia kata xpe, biasala parking tak cukup...tiba-tiba ada seorang (mcm pak aji je nampak) dtg dr arah kaunter, teruk bercakap dgn kuat.."tak guna, menyusahkan org..". Sy tersentak dan terdiam sejenak..adakah ini sikap seorang "boss" Pasir Salak Resort? Kalau macamni lah sikap pihak pengurusannya melayan pelanggan...sampai bila pon takkn maju.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum... Have a question here. Ermm is the same problem still occurs right now ? Want to go tomorrow :)
Tanpa Nama berkata…
Nak tanya masih bermasaalah lg ke resort ni..tq
Unknown berkata…
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya nak kongsi pengalaman saya menginap di resort ni. Saya sekeluarga dan kakak saya sekeluarga check-in pada 24/5/14 dn check-out pada 25/5/14 (semalam). Sebenarnya resort ni bukan lah pilihan utama kami disebabkan dh byk baca review di media sosial tentang resort ni, byk yg buruk dari baiknya tapi disebabkan kebykan homestay di kawasan situ dh byk not available so terpaksa la menginap di situ semlm. Kami ke sini pun atas urusan menghadiri majlis perkahwinan saudara di Batu Gajah. Dan mungkin ada baiknya kalau kami stay di sini sbb pada saya, review di media sosial kadang kala bukannya semua benar. So, let I experience it by myself.

Kami check-in dalam jam 6 ptg setelah selesai majlis kenduri tersebut. Alhamdulilah bilik masih available sbb kami tak buat advance booking pun. Walk-in je terus.

Mulanya masa kt check-in counter tu anak2 semua dh seronok sbb nampak ada swimming pool tapi malangnya swimming pool tu sangat kotor! Saya pesan kt anak2 esok pagi je kita pergi swimming pool. Mungkin swimming pool tu kotor sbb waktu kami sampai sana pun dh lewat petang dn ia perlu dibuat 'water treatment' on daily basis pada sebelah mlmnya seperti mana hotel2 dan resort2 lain lakukan.

Bila dh dpt kunci bilik, kami semua excited berjalan kaki menuju ke bilik. Kebetulan beranda bilik memang menghadap ke Sg Perak. Mmg cantik kalau tgk matahari terbenam tapi excitement kami semua meleset sama sekali bila masuk ke bilik! Bilik tidak diselenggarakan dengan baik. Cadar katil di kedua2 bilik penuh dengan TAIK CICAK!!!!

Kami pun komplen dn mintak tukar bilik. Mmg benar seperti yg dikatakan, staf di situ tak mesra langsung! Kami dipindahkan ke bilik lain. Nak kata ok tu x la sgt sbb pintu kabinet bawah TV rosak, plug point belakang tv pun rosak. Nak masak air panas guna jug kettle kena guna plug point dlm bilik. Bawah sinki antara living hall ngan toilet sangat kotor. Siling atas dalam toilet pulak berlubang sampai nampak atap dan anak2 kata menakutkan. Disbbkan waktu pun dh lewat hampir ke maghrib, kami decide stay di situ je la walaupun byk yg kami tak puas hati.

Masa check-in, kami ada request extra bed. Dah pesan kat staf resort hantar ke bilik sbb kami semua nak keluar ke Teluk Intan. Bila balik dari Teluk Intan, kami semua terkejut bila tgk pihak resort hanya meletakkan sekeping tilam, selimut dn bantal di depan pintu bilik kami! Rasa marah pun ada. Bukankah sepatutnya mereka letakkan di dalam bilik bukannya dicampakkan di luar bilik kami! Bukan ke lantai tu kotor!!! Pikir la logik skit.

Keesokan paginya pulak sebelum check-out anak2 dh excited nak mandi swimming pool dn mini slides tp bila kami tgk air swimming pool tu, masih seperti semlm dn masih lagi kotor!!!

Kami rasa inilah 'worst experience' utk kami sekeluarga utk tahun ni. Ada juga rakan yang cadangkan buat 'formal complaint' kt Kementerian Perlancongan M'sia dn Perak Tourism Board sbb thn ni kan Tahun Melawat Malaysia 2014. Kalau keadaan mcm ni la, memang memalukan dn 'not worth' pay.
Tanpa Nama berkata…
Baca macam2 komen terbantut nak menginap di resort ni. Pekerja resort ni buat apa ? Memalukan.
Tanpa Nama berkata…
Saya baru bercadang nk buat hari keluaga Di pasir salak sbb nk kelainan, tapi nnt mcm2 jadi malu lah sy sbb sy yg cadangkan
Tanpa Nama berkata…
Saya akan check in ke resort ni esok ikut convoy club kereta. Harap harap slps bertahun tahun, ada perubahan
Tanpa Nama berkata…
Saya sedang fikir sama ada jadi atau tidak menginap di sana cuti Sek ini
Tanpa Nama berkata…
Pada sabtu yg lepas 13/02/2016 sy baru ke pasir salak...sy selaku ank jati bumi perak berasa sngat sedih...Hajat d hati ingin bermlm d Village resort Pasir Salak,tetapi dgn keadaan dan situasi yg sy lihat,tidak kesampaian utk menginap d sana..Kompleks Pasir Salak d tutup pd hari tersebut..tiada sebarang notis atau makluman di tampal mengatakan kompleks bersejarah di tutup...Sayang tempat yang bersejarah tidak diselenggarakan dengan baik...
Unknown berkata…
Berhantu katanya :'D nak ambik pengalaman 😝
Unknown berkata…
Saya rasa resort ni murah berpatutan lahh
TengKUMe berkata…
alamak klu mcm ni punya keadaan, kena kensel lah nk gi minggu dpn
Tanpa Nama berkata…
Saya baru bermalam di sana... pengurusan baru resort diambil hotel Casuarina@Meru..
zamd81@gmail.com berkata…
Ada improvement dak tuan?
Unknown berkata…
http://reretaipan88.blogspot.com/2018/07/asiataipan-taipanqq-taipanbiru-5-hal.html

Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
BandarQ
AduQ
Capsasusun
Domino99
Poker
BandarPoker
Sakong
Bandar66

Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5

Daftar taipanqq

Taipanqq

taipanqq.com

Agen BandarQ

Kartu Online

Taipan1945

Judi Online

AgenSakong
mukminin berkata…
Saya baru bermalam di sana, kami empat family dan sewa 4 chalet satu malam pada 2019 Nov 29 ( 2H1M ).Harga yang rendah dan fasiliti yang bagus juga.Kami sewa depan pool dengan harga RM98 satu chalet dengan 2 bilik dan satu ruang tamu semua dilengkapi aircond mana nak cari cam ni .Sangat berpuashati percutian kali ini rasanya sudah improve banyak.Anak-anak dan ibu bapa boleh mandi sakan dan takde masalah air lagi.Di belakang chalet ternampak tangki air besar mungkin sebab itu tiada masalah air lagi cuma selengaraan kurang sikit sebab pekerja tak cukup.boleh panggil pekerja tolong repair mana yang patut dan layanan keraninya ok tak sombong dengan pengurusan baru ni.Apapaun happy nak masak bawa dapur sendiri atau pergi makan diluar.Boleh memancing di jeti belakang yang sangat selamat kerana bangunan batu dan ada bekalan letrik.Kita support bisnes orang kita baru orang kita boleh maju.UTAMAKAN PRODUK BUMIPUTERA.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se