Langkau ke kandungan utama

Apa sebenarnya?

Pertembungan Anwar vs Saiful dalam kes liwat kembali menghangatkan. Rata-rata media utama memilih untuk meletakkan cerita bagaimana Saiful diliwat sebagai tajuk utama. Tidak cukup di akhbar, penulis-penulis maya turut merendangkan lagi cerita dengan tambahan-tambahan berupa makian, kutukan, kecaman serta kata-kata kesat dan lucah di laman web dan blog masing-masing. Bagi penyokong DS Anwar, mereka menjadikan Saiful sebagai sasaran dan begitulah sebaliknya. Tidak cukup dengan tulisan ditambah lagi dengan gambar-gambar yang di'impose'kan wajah-wajah yang mereka benci itu beraksi lucah.

Saya secara peribadi, menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan siapa yang benar dan siapa yang bersalah. Meskipun jauh di sudut hati terdapat keraguan yang munasabah untuk melihat mahkamah bertindak adil tanpa campurtangan unsur-unsur luar. Namun saya yakin seperti yakinnya orang-orang beriman, segala sesuatu yang berlaku di atas muka bumi ini pasti akan diadili seadil-adilnya di Mahkamah Allah Rabb al-Jalil. Justeru, beringatlah semua. Baik yang sedang bertarung di mahkamah atau yang mengikuti perkembangan dari luar mahkamah.

Cuma saya tertanya-tanya, apa sebenarnya pendakwaan yang dikenakan ke atas DS Anwar. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh Saiful, secara peribadi saya menganggap perbuatan liwat berlaku secara suka sama suka. Kalau berlau secara suka sama suka, mengapa yang kena dakwa hanya DS Anwar sahaja? Dan mengapa kes tersebut dibicarakan di mahkamah sivil? Pada pendapat saya, diulangi... pendapat saya, kes ini berkaitan perlanggaran hukum syare'i oleh dua orang beragama Islam yang melakukan seks luar tabi'e. Ulang sekali lagi, tanda tanya(???).

Kalau dikatakan Saiful diliwat secara paksa, pun turut menimbulkan tanda tanya. Mustahil orang muda seperti Saiful dengan bentuk badan yang mantop tidak mampu melawan kehendak 'nafsu buas' bekas bosnya itu yang sudah masuk dalam kategori warga emas. Saiful boleh saja melepaskan satu tendangan padu tepat ke muka DS Anwar dan berlari keluar dari bilik sial itu lalu membuat satu laporan polis dan menghubungi Najib serta pemimpin BN dan PR seterusnya membawa mereka melihat sendiri DS Anwar yang sudah pengsan diterajang dan diikat oleh Saiful di tiang katil yang asalnya mahu digunakan oleh DS Anwar untuk meliwat Saiful. Fuhhh, penat! Mengapa perlu tunggu lama untuk membuat pendakwaan. Seperti kata Sweet Charity dalam lagu mereka, "jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama.....", orang dah tak percaya.

Atau mungkin ketika Saiful cuba diliwat, ada pembantu-pembantu DS Anwar yang memegang kaki dan tangannya supaya dia tidak boleh melarikan diri. Boleh jadi Azmin pegang kaki, Saifudin pegang tangan dan Wan Azizah duduk menindih perut. Kalau begitu, mengapa tidak didakwa sekali pembantu-pembantu tersebut?

Sekali lagi diulangi, ini hanya persoalan dari saya secara peribadi. Dan sehingga hari ini saya menahan diri dari mendahului keputusan mahkamah. Saya berdoa semoga keadilan berpihak kepada yang benar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam golo

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha