Pada suatu pagi, hari Khamis sekitar jam 7.45 hingga 8.15 pagi.
Saya berada di padang sekolah mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani Tahun Dua. Pada waktu yang sama ada empat lagi guru yang turut mengendalikan kelas PJ masing-masing. Dengan kata lain ada empat kelas sedang mengikuti kelas PJ serta satu pasukan bola jaring sekolah yang sedang mengikuti latihan di bawah bimbingan Penolong Kanan HEM.
Sedang saya asyik memberi arahan dan menunjuk cara, seorang waris murid datang bertanyakan PK HEM. Saya lalu menunjukkan kedudukan PK HEM yang sedang melatih murid bermain bola jaring di hujung padang sana. Saya mengira dia mungkin ada urusan penting yang mahu segera diselesaikan. Tetapi saya langsung tidak menyangka bila dia kemudiannya menghidupkan enjin motornya lalu memasuki kawasan padang sekolah yang dipenuhi dengan murid-murid dan guru mereka tanpa sedikit pun perasaan malu dan hormat. Dari jauh saya melihat bagaimana dia bercakap dengan PK saya dengan tidak turun dari motor seolah-olah sedang berbual dengan kawan-kawan tepi jalan. Hanya satu yang terlintas dalam fikiran saya melihat aksi tidak senonoh seorang bapa (mungkin datuk) yang sudah berusia itu iaitu dia seorang yang kurang ajar.
Dalam kelas berikutnya saya menceritakan keadaan yang berlaku kepada murid Tahun 6 sebagai set induksi bagi memulakan pelajaran Adab. Saya teringatkan potongan kepada sebuah hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud "................ kalau tiada lagi rasa malu, berbuatlah sekehendak mu." Kesimpulannya, kalaulah dia masih ada perasaan malu walau sedikit, dia tidak akan sesekali melakukan tindakan yang telah mencemarkan maruah dirinya.

Ulasan