Petang ini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan kejadian gerhana matahari selepas kira-kira dua minggu lalu Allah memperlihatkan kepada hamba-hambaNYA di bumi dengan kejadian gerhana bulan. Teknologi yang dimanfaatkan sepenuhnya telah membolehkan manusia meramal fenomena gerhana dan dengan izin Allah ia berlaku seperti yang diramal.
Beruntunglah bagi mereka yang mendapat info awal terutamanya melalui taqwim-taqwim solat. Dan lebih beruntung lagi bagi mereka yang bukan sahaja bersiap sedia dengan sebesen air bahkan bersiap sedia mendirikan solat sunat gerhana seperti yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Rugilah bagi mereka yang meminggirkan sunnah ini memandangkan ia bukan datangnya selalu.
Tapi, biasalah bagi sesetengah orang kita menjadikan alasan tidak mengaji untuk tidak turut serta walau dikatakan pada mereka 'ikut saja apa yang imam buat'. Sebaliknya dalam bab-bab kenduri arwah, doa selamat dan sebagainya yang menjanjikan habuan makanan dan minuman tidak mengapa pula dengan ikut-ikut saja. Memang mereka ikut-ikut saja kerana dalam bab ini tiada ilmu yang menjadi sandaran amalan melainkan nas yang berbunyi, "sesungguhnya ia sebahagian amalan orang tua-tua kita, maka turutilah ia tanpa banyak bertanya."
Semoga pada masa-masa hadapan solat sunat gerhana matahari bahkan sunnah-sunnah yang lain juga menjadi prioritas dalam kehidupan umat Islam. Maka tiada jalan lain melainkan mempertingkatkan penguasaan ilmu Islam dengan cara belajar, membaca, bertanyakan dan berbincang dengan mereka yang ahli. Di sisi lain, amalan-amalan yang tidak berpaksikan nas pula kita hapuskan sedikit demi sedikit. Wallahu a'lam.

Ulasan