Langkau ke kandungan utama

Mana gambar MB kami


Usia kerajaan PR yang diterajui PAS di negeri Kedah telah melewati 100 hari. Bermakna 100 hari juga tiada gambar MB Kedah di sekolah-sekolah milik kerajaan pusat. Itu yang diberitahu kepada saya. Bukan sekolah saya sahaja.

Saya difahamkan arahan ini datangnya dari Kementerian Pelajaran melalui Ketua Pengarah Pelajaran. Walaubagaimanapun, rata-rata guru sangat maklum arahan ini sebenarnya datang dari lisan YB Menteri Pelajaran. Tetapi sehingga hari ini saya dan rakan-rakan tidak pernah ditunjukkan sebarang surat yang berkaitan perkara ini. Justeru arahan tersebut diragui kesahihannya. Mungkin permainan politik semata. Seandainya perkara ini dibangkitkan di parlimen, maka Menteri berkenaan akan berkata "tiada arahan bertulis". Sedangkan dalam diam-diam pentadbir di sekolah telah menerima amaran supaya tidak menggantungkan gambar YAB Menteri Besar.

Dasar politik murahan. Semuanya mahu dikaitkan dengan politik. Hak orang lain dinafikan hanya kerana kuasa pusat masih di tangan. Mahu menunjuk kuasa. Mempertahankan ego. Tidak sanggup menerima kenyataan apabila parti sendiri ditolak rakyat. Maka semuanya mahu dihukum. Suka sangat berdendam.

50 tahun negara merdeka tapi perangai menteri macam budak-budak. Mempertahankan kononnya sekolah adalah milik kerajaan pusat. Kerajaan pusat adalah BN. Jadi sekolah adalah milik kerajaan BN. Kerajaan negeri bukan dari BN. Tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan sekolah kerajaan BN. Tetapi dia lupa, sekolah yang didakwa sebagai sekolah kerajaan BN itu didirikan atas tanah milik kerajaan negeri.

Pernah dalam satu sidang akhbar Menteri Besar Kedah, YAB Ustaz Azizan b. Abd Razak berkata, beliau akan mengarahkan supaya gambarnya digantung di sekolah-sekolah. Sekiranya sekolah-sekolah tersebut enggan atas alasan larangan dari Kementerian Pelajaran beliau akan membalasnya dengan arahan supaya semua pejabat-pejabat kerajaan persekutuan menurunkan gambar YAB Perdana Menteri. Alasannya, pejabat-pejabat tersebut didirikan dan beroperasi di negeri Kedah yang beliau sebagai Menteri Besarnya. "Kalau tidak, pindahkan semua pejabat tu ke tempat lain", katanya.

"Tapi kita tak buatlah macam tu", kata beliau lagi. Menjelaskan keterbukaannya serta berdiplomasi. Beliau sebenarnya tidak bermaksud untuk membalas dendam. Sekadar mengingatkan bahawa beliau juga boleh bertindak sesuatu.

MB sendiri pernah mengingatkan ahli PAS tentang bahaya membalas dendam. "Takkan kalau dah anjing tokak (gigit) kaki kita, kita pula nak balas tokak betis anjing", dalam benar tamsilannya. "Kalau anjing tokak betis, kita samak sajalah betis kita. Bayangkan kalau kita tokak anjing, anjing lari tapi kita pula kena samak seluruh badan sampai ke mulut, bibir dan lidah. Siapa mahu buat kerja macam tu?"

Agaknya apa akan terjadi sekiranya MB benar-benar bertindak mengarahkan semua gambar PM diturunkan. Gegak gempitalah seluruh negara kononnya MB Kedah tidak menghormati PM Malaysia.

Persoalannya, siapa yang tidak menghormati siapa. Kerajaan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat baru memerintah 100 hari tetapi bersikap matang dalam politik. Sebaliknya BN yang telah memerintah negara selama 50 tahun tetapi masih bersikap ke anak-anakan.

Perangai budak-budak. Kalau terkejut dari lena yang enak, mengamuklah dia.

p/s: awal bulan ini saya ke klinik kerajaan di Sg. Petani. Mereka masih gantung gambar MB lama, Mahadhir Khalid. Ketinggalan zaman.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum... Ust Azridul. Salam ukhwahfillah. Betul, usia MB kita 100 hari byk ujian yang dilalui dan akan dihadapi. Kadang2 ana terfikir apa sumbangan kita dapat bantu memantapkan kerajaan negeri Kedah. Saya cuba membantu utk mewujudkan kelab fasilitator di kedah sebagai sumbangan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Saya menjemput Ustaz bersama-sama sahabat2 lain bersama memberi idea dan maklumbalas penubuhan kelab ini bermula di Sg Petani. Di terangganu kelab fasi sahabat kita sangat berjaya.Saya rasa inilah pendekatan kita sebagai pendidik membantu kerajaan kedah. Saya sedang mencari cikgu2 yang berminat untuk bersama sebagai ahli. Ustaz dijemput menjadi ahli jika berminat, nanti saya emailkan website forum perbincangannya. Wassalam
Azridul berkata…
Syukran akhi Abu Muaz. Kerana berkunjung ke blog Azridul. Tahniah atas kesungguhan akhi menggembeling usaha membantu Kerajaan Negeri Kedah. Tak sedap hati pula nak tolak tawaran tu. Tapi, jadual kerja padat sangat. Sampai rumah pun 6 ptg. Tiap-tiap hari. Kekadang bantu2 sikit YB Cikgu Lah. Walaubagaimanapun, untuk kebaikan bersama saya cuba sekadar termampu. Cuma satu yang perlu saya maklumkan pada akhi. SAYA TIADA KEISTIMEWAAN. LEKEH SUNGGUH.

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se