Langkau ke kandungan utama

Azam..... oh!....... azam

Mendekatkan diri dengan Allah. Itu azam tahun baru 2008 masehi dan 1429 hijrah. Syukur kerana dapat melangkah ke kedua-dua tahun baru yang jarak waktu keduanya berlaku terlalu hampir. Seperti orang lain, saya juga memasang azam. Mendekatkan diri dengan Allah atau disebut sebagai taqarrub ila Allah. Skop taqarrub ini saya luaskan dengan tidak menyempitkan kepada memperbetulkan atau menambah kuantiti dan kualiti ibadah-ibadah khususiah SEMATA-MATA. Bukan sekadar menambah bilangan solat sunat, menambah puasa sunat, zikir-zikir, doa-doa bahkan ia juga sebenarnya perlu diberi perhatian serta kawalan agar tidak terbabas melakukan perkara-perkara bidaah. Tetapi skop taqarrub yang saya ingin tekankan meliputi seluruh aktiviti harian.

Islam bukanlah agama yang mementingkan ritual sahaja bahkan seluruh aspek kehidupan insan. Sehubungan itu, amat wajar untuk melihat konsep mendekatkan diri dengan Allah agar melangkaui amalan solat, puasa, zikir, doa atau membaca al Quran. Kalau ini sahaja ruang yang Allah sediakan untuk hamba mendekatkan diri denganNya, maka sampai kiamat pun kebanyakan manusia di bumi ini tidak berpeluang untuk berada dekat dengan Allah. Mana mungkin 24 jam sehari dihabiskan dengan bersolat, berzikir atau membaca al Quran sahaja. Manusia perlu bekerja. Bekerja bukan sekadar mencari makan diri sendiri, tetapi menyediakan nafkah untuk keluarga. Bekerja juga untuk pembangunan. Membangunkan diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Bukankah ia juga dituntut untuk setiap individu Muslim.
Justeru, semua aktiviti yang dilakukan dalam tempoh 24 jam sehari perlu dimasukkan dalam agenda taqarrub ila Allah. Sesungguhnya solatku( juga ibadahku), pekerjaanku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Asalnya Wahhabiyah

TIADA PERKAITAN DENGAN ANTARA AL-WAHHABIYAH AL-RUSTUMIAH (ABDUL WAHAB BIN ABDUL RAHMAN BIN RUSTUM) DENGAN GERAKAN REFORMASI DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Tulisan Dr Muhammad Bin Saad Al-Syuwai'ir Ketua Pengarang Majalah Al-Buhuth Al-Islamiyah Konflik yang berlaku ke atas dakwah Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab telah memberi ruang untuk penjenamaan kepada label " al-Wahhabiyah" sebagai tohmahan melulu kepadanya. Sebagaimana perkara ini telah digerakkan oleh beberapa puak Tarekat Sufi untuk kemaslahatan mereka bagi mengaburi mata orang awam. Perbuatan tersebut juga memberi kelebihan kepada musuh Islam yang sentiasa memerhatikan dan memastikan umat Islam diperkotak-katikan. Mereka menanam benih-benih kejahatan dan perselisihan di antara sesama Islam. Kerana mereka begitu mengerti akan bakal dibuat oleh cerdik pandai ini dan cuba mengembangkannya. Isu ini sering kali telah diperkatakan dan selalu ditulis dalam pelbagai makalah. Apa yang menjadi dorongan kep...