Langkau ke kandungan utama

Catatan

PGSM mohon maaf

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu. "Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu. PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. "Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi. Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit Mertajam berkata, ...

Kerja-kerja manusia bacul!

Semalam saya bercadang untuk menulis bagi menyatakan rasa kesal di atas memorandum bantahan yang dikemukakan oleh mereka yang mendakwa sebagai NGO's Islam yang dikepalai oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berkaitan cadangan melantik bekas Mufti Perlis, YBhg Dr. Mohamad Asri sebagai YDP YADIM yang baru. Cadangan yang dikemukakan kerajaan Malaysia itu dijangka mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Sultan Mizan. Oleh kerana tubuh berasa agak lemah, saya tangguhkan sementara hasrat itu dengan harapan ada pihak yang segera bangkit menjawab memorandum yang jelas berunsur fitnah di samping sebagai percubaan menjatuhkan maruah Dr. Asri. Bahkan ia juga boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menyekat dan melemahkan kumpulan-kumpulan pendokong tajdid di negara ini. Namun berita yang saya dengar pagi ini begitu mencabar kesabaran. Ia seperti mahu menunjukkan ada kerjasama yang erat antara beberapa pihak berkuasa agama negeri-negeri dalam usaha menyekat pengaruh tajdid yang ...

Fitnah terhadap Dr. Asri

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan beberapa NGO Islam telah menghantar memorandum membantah perlantikan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin sebagai YDP YADIM yang baru. Memorandum tersebut telah dihantar kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung. Namun apa yang sangat dikesali adalah alasan yang dikemukan untuk menyatakan bantahan tersebut serta keseluruhan kandungan memorandum tersebut adalah FITNAH dan berniat jahat . Berikut adalah kandungannya: 1. NGO-NGO Islam arus perdana yang terlibat dengan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kelolaan YADIM sentiasa bekerjasama di dalam menegakkan dakwah Islamiyah di Malaysia. Hanya beberapa NGO kecil sahaja yang dapat menerima idea bahtera perubahan yang cuba dibawa oleh Dr Asri yang seringkali tidak seiring pandangannya dengan sebahagian besar ulamak dan NGO-NGO Islam arus perdana. Kerajaan sepatutnya menghormati kerjasama MAIM di bawah naungan YADIM yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agon...

Wanita haid dan amah Indonesia

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad dari Ibn Abi Na'im, " seorang lelaki datang kepada Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma dan kami sedang duduk, lalu lelaki tersebut bertanyakan hukum mengenai darah nyamuk. Lalu Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma bertanya, "dari siapa engkau mendengar pertanyaan ini?" Orang itu menjawab, "dari penduduk Iraq". Kata Ibn 'Umar radhiallahu 'anhuma, "lihatlah, betapa ganjil rasanya, masalah nyamuk dipersoalkan, padahal dalam masa yang sama mereka telah membunuh putera Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam"(nota: Hussain bin Ali radhiallahu 'anhuma). Engkau telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, kedua-duanya adalah bunga hatiku di dunia. " Lebih kurang hal yang sama berlaku sekarang. Dalam satu ceramah yang disiarkan oleh Mutiara FM beberapa bulan lepas, penceramahnya bersungguh-sungguh mempertahankan pendapat wanita yang haid tidak boleh berada dalam mas...

Perihal Iblis dan anak Adam

1) Bermulanya kekufuran iblis . Allah subhanahu wa ta'ala berfirman yang bermaksud, Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud, Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali iblis. Ia enggan ikut besama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?" Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk" Allah berfirman: "Keluarlah dari syurga, karena sesungguhnya kamu terkutuk, dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat." (Surah al-Hijr: ayat 29-35) 2) Iblis pohon ditangguhkan umurnya untuk menyesatkan anak-anak Adam. Allah berfirman, mafhumnya, Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka ber...

Isyarat Mata

Isyarat mata memiliki peranan yang sangat penting malah menakjubkan. Mata boleh menyampaikan beribu-ribu pesanan. Ia boleh memutuskan, boleh juga menyatukan. Ia boleh menebar janji mahupun ancaman. Ia boleh memerintah mahupun melarang. Ia boleh memberi tawa mahupun derita. Ia boleh memberi jawapan atau mengemukakan pertanyaan. Ia boleh bermaksud menolak dan boleh juga bermaksud menerima dan banyak lagi. Al-Imam Ibn Hazm al-Andalusiy menerangkan beberapa isyarat mata dalam menyampaikan pesanan-pesanan khusus. Isyarat dengan menggerakkan bola mata ke atas bererti menolak perintah. Manakala sebaliknya bererti menerima. Pandangan mata yang cukup lama bererti berasa sedih dan ikut bersimpati. Mengedipkan mata bermaksud bahagia. Isyarat dengan menggerakkan pelupuk mata bermaksud ancaman. Mengarahkan bola mata ke satu arah dan kemudian segera mengalihkan ke arah yang lain, menunjukkan adanya perhatian pada sesuatu yang membuatnya berpaling. Isyarat ringan dengan hujung kedua mata bererti pert...

Menu pilihan

Kalau kantin, mula-mula jenguk dulu apa menu hari ini. Biasanya nasilah yang jadi pilihan. Bergantung juga kepada lauk pauk yang menarik. Kalau tidak kena dengan selera terpaksalah cari yang lain. Tapi kalau kena dengan lauk ini, pehhh! Memang tak kasi ' can '. Sanggup berebut. Siap tanda lagi. "Ini aku punya". Kena pula dengan barli panas. Wow, tangkap leleh! Yang meleleh tu peluh bukan air mata. Kalau macam ini tiap-tiap hari pun tak mengapa. Tak jemu-jemu. Pernah juga sekali terbaca, tomato sangat baik untuk perkembangan minda. Ia juga menu kegemaran orang-orang Yahudi. Itu sebab orang-orang Yahudi cerdik. Orang Yahudi juga lebih memilih memakan ikan dari daging merah atau ayam. Kata penulis itu. Wallahu a'lam.