- Esok 9/1/2012, keputusan perbicaraan kes liwat DS Anwar Ibrahim akan diketahui.
- Keputusan mahkamah hanya menentukan sama ada dia bersalah atau tidak di sisi perundangan negara. Ia bukan menentukan sama ada Saiful diliwat atau tidak.
- Ramai yang cuba meneka keputusan yang bakal dijatuhkan.
- Maka timbul idea berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada DS Anwar.
- Andainya badan perundangan negara bebas dari pengaruh politik, saya yakin Anwar akan dibebaskan.
- Namun andai mahkamah juga seperti beberapa badan lain yang berada di bawah telunjuk pihak-pihak berkepentingan, saya tetap yakin Anwar akan dibebaskan.
- Pembebasan Anwar justeru akan dijadikan bukti betapa selama ini tuduhan yang dilemparkan kononnya kerajaan mempengaruhi keputusan mahkamah khususnya yang melibatkan pemimpin pembangkang adalah tidak benar sama sekali.
- Melihat kepada situasi politik semasa juga, reputasi Anwar dilihat semakin menjunam dan tidak lagi memberi impak kepada sokongan majoriti rakyat yang kembali menyokong kepimpinan DS Najib.
Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...
Ulasan