- Pagi itu Tok Adi menerima berita kematian lagi.
- Tok Adi menyuruh orangnya segera menggali kubur sementara Tok Adi langsung menziarahi jenazah di samping berbincang dengan keluarga si mati untuk urusan pengkebumian nanti.
- Sebaik diselaknya kain yang menutup wajah si mati, Tok Adi menggelengkan kepala. “Dahsyatnya balasan Tuhan”, kata Tok Adi pada dirinya dengan suara perlahan.
- Muka si mati hitam legam. Ketika hidupnya dia sering mengabaikan zakat. Dia mati akibat serangan jantung selepas mendengar kebun kelapanya terbakar.
- Kasihan Tok Adi yang dah lama bekerja menggali kubur di kampungnya. Setiap kali ada kematian, dia tepaksa berhadapan dengan jenazah-jenazah yang buruk sifatnya.
- Entah apa bala yang menimpa kampung Tok Adi. Kebanyakan penduduknya suka membuat dosa yang akhirnya mati dalam keadaan diazab Allah secara terang-terangan.
- Sebenarnya kisah di atas adalah ringkasan dari salah satu episod sebuah drama yang disiarkan melalui stesen tv astro oasis pada setiap Jumaat jam 7.30 malam.
- Mungkin tujuannya untuk pengajaran kepada penonton. Namun ia dipersembahkan dengan cara yang sangat melampau.
- Rahmat Allah mahu pun azabNYA adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah sahaja. Kekadang sesuatu yang disangka rahmat rupa-rupanya azab atau disebut sebagai istidraj. Sebaliknya apa yang disangka azab pula rupanya ujian sebagai tanda kasih Allah kepada hambaNYA.
- Allah juga tidak pernah melantik wakilnya di dunia untuk menentukan bagaimana seseorang hamba itu diazab. Maka siapa yang berhak menetapkan si mati yang tidak menunaikan zakat itu mukanya hitam legam?
- Atau si mati yang tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mati dalam keadaan bahu senget sebelah?
- Atau si mati yang pernah mencucuk botox, matinya dalam keadaan muka berlubang-lubang?
- Kita mungkin pernah melihat mayat seseorang yang menyembah berhala dan jasadnya masih dalam keadaan elok bahkan siap disolek lagi.
- Justeru siapakah di antara manusia yang tahu itu balasan Allah atau begitulah cara Allah mengazab hambaNYA yang berdosa?
- Saya berpendapat drama itu hanya menambah buruk sangka terhadap agama Allah.
- Ia sama sekali tidak masuk akal bagi mereka yang berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.
- Berpadalah dengan wahyu Allah dalam al-Quran dan as-Sunnah Baginda Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam. Biar Allah menentukan sendiri bagaimana DIA mahu mengazab hambaNYA.
- Janganlah pula kita yang serba jahil ini memandai-mandai. Bimbang nanti ia dijadikan bahan jenaka pula.
Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu
Ulasan