Kelmarin saya menghadiri taklimat SPR di Rimba Taqwa. Hari ini giliran isteri pula. Kalau kelmarin saya datang seorang, hari ini isteri datang bertemankan saya dan anak-anak. Sementara menunggu, kami anak beranak sempat mandi manda di kawasan air terjun yang terletak berhampiran.
Selesai saja taklimat yang dihadiri emak bebudak ni, kami ke ladang anggur yang terletak di Tasik Beris. Kami turut meninjau kawasan sekitar tasik di samping menikmati keindahan dan kedamaiannya.
Wow, enjoy habis!!!
Ulasan