Langkau ke kandungan utama

Strategi jimat cermat

Seminggu dua ini saya bawa nasi bekal saja ke sekolah. Kalau tidak sempat menyiapkan nasi bekal pun, saya hanya beli 2 bungkus nasi yang berharga 0.60 sen sebungkus. Air pula dari paip di rumah. Tapi ditapis dengan penapis air jenama RX Water. Itulah juadah santapan waktu rehat saya. Asalkan kenyang.

Semua ini sebagai menyahut saranan PM kesayangan rakyat dan menteri-menterinya supaya berjimat cermat. Selaku rakyat yang baik, saya dengan bangganya menyahut saranan tersebut di samping bersedia menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.

Saya juga terfikir untuk berbasikal ke sekolah. Jarak perjalanan 25km dari rumah ke sekolah bukanlah satu masalah bagi saya. Selain menjimatkan minyak ia juga boleh menyihatkan badan.

Cuma saya bimbang sampai ke pengetahuan Datuk Seri Nazri. Tentu nanti saya dimarahinya. Takut saya dikatakan sebagai mencemarkan imej negara. Tunjukkan kesusahan dan kemiskinan kita kepada 'orang luar'. Masyarakat antarabangsa akan mencemuh negara kita. Kerajaan terpaksa menanggung malu kerana dikatakan tidak tahu mengurus ekonomi negara sampai rakyat terpaksa berbasikal di bawah teriknya cuaca.

Sebab itulah Nazri marah sangat apabila empat MP PKR berbasikal ke parlimen. Tapi memang hakikatnya menteri makin kaya, rakyat 'dok lagu tu'.

Buat sementara, tangguhkan dulu rancangan berbasikal ke sekolah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tokoh Radikal Dalam Sejarah Kemerdekaan Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman pernah menyatakan dalam ucapannya ketika menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang di Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (1973), " bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan ". Ini membuktikan bahawa sumbangan dan pengorbanan golongan radikalisme Melayu amat bermakna dan tidak ternilai pentingnya. Merekalah tokoh politik nasional yang mampu menggegarkan kedudukan rejim British dan juga golongan elit Melayu. Gerakan Berhaluan Kiri atau lebih dikenali dengan panggilan radikal bermotifkan perjuangan mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Mereka memilih cara tidak berkompromi dengan penjajah. Berbeza dengan politik berhaluan kanan yang bekerjasama dengan penjajah dikenali sebagai moderate seperti UMNO. Siapakah mereka yang termasuk dalam g

Memenuhi kehendak(Iradah) Allah.

Berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tahun 5, maksud Iradah dijelaskan sebagai Allah berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu. Dalil kepada sifat Iradah diambil dari ayat 16 surah al-Buruj yang bermaksud " Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-NYA " Hujan, panas, peredaran planet malahan gempa bumi dan tsunami semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Kejadian-kejadian tersebut juga menggambarkan betapa patuhnya makhluk-makhluk Allah tersebut melaksanakan kehendak Khaliqnya. Begitulah penerangan yang sepatutnya. Bukan dengan membandingkan kehendak manusia dengan kehendak Allah seperti yang terkandung dalam buku teks, sebaliknya membandingkan kepatuhan manusia dalam melaksanakan perintah dan kehendak Allah dengan kepatuhan makhluk Allah yang lain. Perlu ditekankan juga berbanding manusia yang terlalu kerdil, makhluk-makhluk tersebut juga lebih besar dan hebat penciptaannya. Panas yang membahang, hujan yang mencurah bumi, matahari yang terbit

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terla