Langkau ke kandungan utama

Perihal Isra' dan Mi'raj.

Apakah Isra’ dan Mi’raj berlaku pada malam 27 Rejab?
Oleh: al-Qaradhawi

Salah seorang ulama hadith dari kurun ke 7 bernama Abu al-Khattab ‘Umar bin Dahya, yang menulis kitab “Ada’ la wajaba fi bayan wad’ie al-wadhdha’ien fi syahr Rajab” menyebut di dalamnya: “Sesungguhnya sebahagian para Qusshas (pereka-pereka cerita) ada yang menyebut kononnya Nabi SAW diisra’kan pada bulan Rejab.” Katanya (Abu al-Khattab): “Ini suatu pembohongan.” Kenyataan ini diakui oleh Khatimatul al-Huffadz al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani pensyarah kitab hadith al-Bukhari yang terkenal.

Saya sedia maklum bahawasanya dakwaan isra’ dam mi’raj berlaku pada malam 27 Rejab tidak terdapat walau satu hadith yang sahih, tidak terdapat juga satu pendapat yang sahih dari seorang sahabat, ia hanyalah pendapat yang telah termasyhur, dan pendapat sebahagian para ulama, dan pendapat ini dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi, dan al-Imam al-Nawawi memilih pendapat ini di dalam fatwanya, dan al-Imam al-Nawawi adalah seorang yang diterima oleh umat Islam, maka masyhurlah pendapatnya ini, dalam masa ada ulama seperti Abu Ishak al-Harbiy, yang kami dapati beliau berpendapat isra’ dan mi’raj tidak berlaku pada malam 27 Rajab sebaliknya berlaku pada malam 27 Rabi’ul Awwal.

Saya sedia maklum tidak ada sesuatu yang pasti dalam perkara ini (penentuan tarikh Isra’ dan Mi’raj). Cumanya pendapat ini telah masyhur dan diketahui di kalangan umat Islam semenjak kurun-kurun mereka memperingati Isra’ dan Mi’raj pada malam tersebut. Dalam keadaan tidak berlaku pada malam tersebut (pada ketika itu) sebarang amalan atau ibadah. Malam Isra’ dan mi’raj ini tidak disyariatkan untuk kita (mengkhususkannya) dengan bangun malam atau berpuasa pada siang harinya. Tidak dituntut juga daripada seseorang muslim untuk dia melakukan apa-apa amalan (yang khusus) untuk mendekatkan diri kepada Allah pada malam atau pada siang hari tersebut. Kerana itu umat Islam dahulu tidak memberi tumpuan kepada malam Isra’ dan Mi’raj.

Persoalan menyambut hari Isra’dan mi’raj, jika ia dimaksudkan untuk mengambil pengajaran dari peristiwa yang agung ini dan apa-apa kesannya dalam kehidupan Nabi SAW dan ianya berlaku selepas tahun al-Huzn (tahun kesedihan) dan apa yang menimpa baginda, lalu Allah SWT hendak memuliakan Rasulullah SAW selepas orang ramai dan Quraisy menentang baginda, demikian juga selepas Bani Thaqif menentang baginda dan kesusahan-kesusahan yang baginda hadapi, selepas itu Allah menghendaki memuliakan baginda, lalu dalam perstiwa israk dan mi’raj baginda mendirikan solat bersama para nabi yang lainnya, dan baginda menjadi imam, baginda disambut oleh para malaikat dan para nabi di langit dan baginda dinaikkan ke langit yang tinggi sehingga ke tempat yang dinyatakan oleh Syauqiy: “Baginda tidak diterbangkan dengan sayap dan tidak dijalankan dengan kaki.

Perkara ini penting untuk kita ambil pengajaran dan i’tibar darinya, selama-mana tidak timbul darinya sebarang amalan atau ibadat (khusus). Jika demikian tidak ada sebarang halangan untuk kita menyambut peristiwa ini.

Menyambut sesuatu membawa maksud mengambil berat dan memberi perhatian kepadanya, yakni perkara itu tidak dilupakan dan tidak ditinggalkannya. Maka kita menyambut yakni mengambil berat tentang perkara isra’ dan mi’raj ini terutama padanya ada dua perkara yang penting:

Pertama: Kaitan Masjid al-Aqsa, sebagai tempat penghujung Isra’ dan permulaan mi’raj. Isra’ tamat di masjid al-Aqsa dan Mi’raj bermula di masjid al-Aqsa hingga naik ke langit yang tinggi. Maka kita perlu memerhatikan keadaan umat Islam pada masa sekarang di masjid al-Aqsa yag ditawan dalam gengaman yahudi. Sedangkan manusia lalai dari perkara utama ini.

Kedua: perkara yang paling utama nisbahnya bagi umat Islam pada masa kita sekarang ialah persoalan Palestin, dan persoalan Palestin terasnya ialah al-Quds, dan teras persoalan al-Quds adalah masjid al-Aqsa, maka kita mengambil peluang ini untuk mengingatkan orang ramai tentang persoalan Palestin dari peristiwa isra’ dan mi’raj dan perbicaraan tentang masjid al-Aqsa.

Wallahu a’lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se