Langkau ke kandungan utama

Kalau tak cakap .......... kan senang!

Situasi 1

"Tadi jiran sebelah nampak ada anjing lalu bawah penyidai. Rasanya terkena baju. Badan anjing tu pulak basah." Beritahu isteri saya.

"Uhhh." Saya mengeluh. Masakan tidak. Terpaksa saya ambil semua pakaian di ampaian untuk di'samak', memandangkan jiran tadi tidak pasti pakaian mana yang terkena najis mugahallazah itu.

"Kalau dia tak cakap, kan senang". Rungut saya.

Situasi 2

"Abang! Ada tahi cicak di tapak kaki abang tu." Salah seorang dari jamaah solat memberitahu sebaik kaki melangkah keluar dari masjid.

Sah. Memang ada. Selepas menghilangkan najis, saya mengulangi solat.

"Kalau dia tak cakap, kan senang". Sempat saya merungut.

****************************************************************************

Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqhus Sunnah membawakan satu riwayat, bahawa Umar bin al Khattab radhiallahu 'anhu suatu ketika melalui sebuah kawasan. Ketika berjalan beliau ditimpa sesuatu yang jatuh dari bumbung rumah salah seorang penduduk kawasan tersebut. Seorang sahabat Umar radhiallahu 'anhu yang ikut serta bertanya, "wahai tuan rumah, apakah air yang jatuh itu suci atau bernajis?" Kata Umar radhiallahu 'anhu, "tidak perlu dijawab soalan itu", lalu ia pergi.
(rujukan: Fiqhus Sunnah edisi terjemahan bahasa Indonesia dengan tajuk Fikih Sunnah terbitan Victory Agencie. Di bawah topik 'Beberapa Keterangan Yang Diperlukan'. Muka surat 62.)

Berdasarkan riwayat di atas, Umar bukan sahaja tidak mahu mengetahui benda yang mengenai pakaiannya malah beliau melarang pula orang memberitahu tentangnya. Ini kerana lebih baik tidak diketahuinya yang mungkin menyebabkan beliau terpaksa menyalin pakaiannya. Tindakan beliau melarang dan berlalu pergi tanpa terlebih dahulu mendapat kepastian membawa maksud sesiapa sahaja yang melihat atau mengetahui ada najis di pakaian atau bahagian tubuh orang lain, tidak wajib memberitahu orang tersebut. Lebih penting lagi, kedua-duanya tidak berdosa.

Berbalik kepada situasi di atas, pada anggapan kebanyakan orang, tindakan mengkhabarkan tentang najis di pakaian atau kaki teman lain adalah suatu kebajikan dan wajar diucapkan terima kasih. Malangnya, di luar pengetahuan sebahagian besar umat Islam ia sesuatu yang bertentangan dengan contoh yang ditunjukkan oleh sahabat besar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam itu. Bahkan ia juga menyusahkan teman yang terpaksa membasuh semula pakaiannya atau mengulangi solatnya.

Contohnya sudah ada. Tambahan lagi dari peribadi yang paling hampir dengan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Kalau selepas ini ada kes seumpamanya, 'diamkan saja…… kan senang'.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se