Langkau ke kandungan utama

Catatan

Terjaga

Firman Allah, Mafhumnya, " Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan [*] . Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir ." (الزمر :42) [*]Maksudnya: orang-orang yang mati itu rohnya ditahan Allah sehingga tidak dapat kembali kepada tubuhnya; dan orang-orang yang tidak mati hanya tidur saja, rohnya dilepaskan sehingga dapat kembali kepadanya lagi. Bersyukurlah pada setiap kali terjaga dari tidur, dapat pula menghirup oksigen lagi berpeluang melihat alam ciptaan Allah. Tunjukkan rasa syukur itu dengan mendirikan solat subuh. Dan berusahalah untuk solat subuh secara berjamaah sama ada di masjid, surau mahupun bersama ahli keluarga di rumah.

Pembangkang yang menyokong

Sehari dua ini orang bercakap tentang ADUN Kuala Nerang nak masuk PAS. Kalau wakil rakyat PR keluar parti, mereka dilabel sebagai katak oleh penyokong-penyokong PR. Kalau dari BN masuk PAS atau PR, nak kata apa pula? Sebenarnya tak perlulah diletakkan label 'lompat', 'katak' atau apa-apa yang nampak negatif. Mungkin mereka ada pendirian sendiri atau rasa tak puas hati kat mana-mana. Sama ada mereka benar atau salah, terserah pada penilaian Allah. " Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang memberikan keputusan di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang selalu mereka perselisihkan padanya. "( Maksud ayat ke-25 dari surah as-Sajdah ) Berbalik kepada YB Kuala Nerang. Soalnya dia nak letak jawatan dulu, atau nak masuk dengan jawatan ADUNnya? Rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mahukan wakil rakyat yang berpindah parti mestilah letak jawatan dulu. Ini kerana masa dia menang dulu atas tiket dan sokongan UMNO dan BN. Dan inilah pendirian PR sekarang berdasarkan senari...

Tolong doakan

Malam ini Ustaz Afif( bukan nama sebenar ) menjemput semua jamaah surau ke rumahnya. Beliau berhajat mengadakan majlis bacaan doa selamat. Beliau sekeluarga akan berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah. Alhamdulillah, rezeki dia dan kami tumpang bersyukur. Tapi, kenapa panggil orang bacakan doa selamat untuk dia? Dia ustaz, tak boleh baca sendiri ke? Atau dia dah hilang keyakinan diri? Dia tak yakinkah Allah akan terima doanya kalau dia sendiri yang baca? Tapi selalu juga dia jadi imam dan membaca doa untuk diaminkan oleh jamaah di belakangnya. Malam ini, orang pula kena bacakan doa untuknya. Elok juga kita ingatkan Ustaz Afif dan yang lain-lain dengan firman Allah yang bermaksud, " Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku , maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu ber...

Sayang kereta

Tiada siapa dapat menafikan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan. Islam begitu menitik beratkan persoalan kebersihan baik kebersihan luaran mahupun kebersihan atau kesucian dalaman. Islam juga mementingkan kebersihan meliputi kebersihan tubuh badan, pakaian, persekitaran dan sebagainya. Sehinggakan kitab-kitab fekah sering menjadikan bab taharah mendahului bab-bab lain. Malah orang bukan Islam juga mengakui keutamaan menjaga kebersihan di sisi Islam. Cuma kadangkala mereka menjadi keliru antara tuntutan Islam mengenai kebersihan dengan perlakuan umatnya. Namun Islam juga tetap dengan sifatnya yang bersederhana dalam semua hal termasuk dalam urusan menjaga kebersihan. Misalnya, bersederhana dalam penggunaan material seperti air. Islam juga melarang bersikap keterlaluan hingga mengabaikan perkara yang fardu seperti solat. Berpada-padalah. Azan maghrib dah dilaungkan, tapi masih asyik mengilat kereta. Paling tidak berilah sedikit hormat kepada azan yang sedang berkemun...

Puas

Sudah tiga hari saya dan rakan-rakan menghabiskan masa petang kami di padang sekolah. Selama tiga hari ini juga saya bertembung dengan laungan azan maghrib ketika meredah jalan pulang ke rumah. Namun saya puas dan saya fikir rakan-rakan yang lain juga puas kerana matlamat kami tercapai sepanjang tiga hari tersebut. Sepanjang tempoh tiga petang tersebut, kelab guru menganjurkan pertandingan bola sepak 7 sebelah yang dijalankan secara kalah mati. Penganjuran tersebut adalah bersempena sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah. Ia julung-julung kali dianjurkan oleh kelab guru sekolah. Tujuannya untuk mencari dana tambahan kelab. Selama ini kelab hanya bergantung kepada kutipan yuran bulanan dari ahli semata-mata. Justeru setiap pasukan yang mengambil bahagian dikenakan bayaran. Namun kami pastikan tiada unsur-unsur pertaruhan atau perjudian, insya Allah. Walaupun tiada publisiti besar-besaran ia turut menarik perhatian para waris dan penduduk kampung untuk menjadi penonton. Di kalanga...

Menguap dibenci Allah

Jika kita seorang Muslim dan mengakui bahawasanya kita mencintai Allah, sudah semestinya kita perlu mencintai segala sesuatu yang dicintai Allah, serta membenci dan menjauhi perkara-perkara yang dibenci Allah. Salah satu perkara yang dibenci oleh Allah adalah menguap. Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan bencikan menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah (Alhamdulillah). Dan ia merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia berasal dari syaitan. Hendaklah setiap Muslim menahannya semampu mungkin, dan apabila ia mengeluarkan suara 'ha'(ketika menguap), maka saat itu syaitan mentertawakannya. " ( Bukhari ) Allah membenci menguap kerana ia merupakan aktiviti yang mendorong seseorang itu makan berlebihan lalu membawa kepada kemalasan untuk beribadah. Menguap sangat dibenci A...

Calon tepi jalan

Kata orang tua-tua, "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga", "ukur baju di badan sendiri". Maknanya kalau nak buat sesuatu, tengok-tengoklah kemampuan yang ada. Jangan terlalu bergantung kepada nafsu besar pada mengejar cita-cita. Kalau tidak, akan berlakulah seperti mana yang sedang berlaku ke atas parti yang bercita-cita besar, PKR. Menjelang pilihanraya 2008, DS Anwar bukan main beria-ria mahukan kerusi lebih. Hinggakan kerusi di Kelantan pun mahu ditagihnya. Alasannya, kerusi yang mereka minta ialah kerusi yang dimenangi BN dalam PRU 2004. Maka tak salah kalau PKR ambil kerusi tersebut, katanya. Mujur kebijaksanaan TG Nik Aziz dapat menyelamatkan kerusi PAS dari jatuh ke tangan PKR. Mungkin ada yang akan berkata, kalau pun kerusi PKR, ia juga milik Pakatan Rakyat. Ya, kalau ia berdasarkan situasi sebaik berakhirnya PRU 2008. Namun selepas dua tahun, apa pula yang berlaku? Beberapa kerusi yang dimenangi PKR dalam PRU yang lalu dan kemudian menjad...