Semua maklum, persetubuhan pada waktu siang dalam bulan Ramadan hukumnya haram. Sebagai ganti, wajib berpuasa selama 60 hari berturut-turut.
Ada ustaz yang kata kalau nak bersetubuh juga, berbuka dulu. Jadi, tak perlu berpuasa dua bulan berturut-turut. Cuma ganti satu hari saja puasa yang terbatal kerana makan dengan sengaja.
Sepengatahuan saya, berbuka puasa kerana nak bersetubuh bukan termasuk dalam keuzuran yang dibenarkan syariat. Maka ia ternasuk dalam perbuatan berbuka puasa secara sengaja. Hukumnya haram. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadan juga haram.
Kemusykilan saya, mengapa orang yang buat satu perkara haram, bersetubuh saja, wajib berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai ganti. Sebaliknya, orang yang melakukan dua perkara haram, berbuka dengan sengaja dan bersetubuh, hanya mengqadakan puasanya satu hari saja?
Ulasan