Langkau ke kandungan utama

Kena tunggu lagi

Musnah, punah ranah, hancur berkecai-kecai. Begitulah harapan rakyat yang mahu melihat pasukan badminton Malaysia kembali mendakap Piala Thomas yang kali terakhir dimenangi pada 1992. Sebaliknya rakyat Malaysia dihidangkan persembahan yang hambar dari perseorangan pertama dan kedua serta beregu pertama yang menyaksikan pasukan negara tewas mudah 0-3.

Hanya pada set pertama, ketiga-tiga mereka memberikan sedikit cabaran manakala pada set kedua, mereka seolah-olah sepakat untuk menyerah saja kemenangan kepada pasukan lawan.

Nampaknya terpaksalah kita menunggu lama lagi untuk melihat kejayaan pasukan badminton negara. Ini kerana kita hanya mampu mencipta harapan tatkala Piala Thomas berlangsung di tanahair sendiri. Kalau nak harapkan bermain di luar, emmm ...................

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Peluang Malaysia memenanagi Emas, Sukan Asia hujung tahun ini dan Sukan Olimpik 2012, amat tipis sekali. Lagi duit rakyat akan masuk longkang. Sukan komanwel bolehlah kerana China, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan bukan anggota Komanwel.
alaysia perlukan pasukan pelapis segera dan dedahkan mereka sebanyak mungkin. Pemain-pemain kebangsaan sekarang sudah kuda tua dan tidak mampu lagi bersaing dengan pemain-pemain muda dari Cina, Jepun dn korea serta Indonesia.
Dlam tempoh terdekat pasukan badminton kita akan jadi serupa dengan pasukan Bolasepak kita, jika seuatu drastik tidak dibuat.
Kita perlukan darah muda dan BAM mesti berani ambil resiko dalam mewujudkan satu pasukan baru.Ia perlu bertindak sekarang bukan hingga minat terhadap sukan Badminton sudah mati bari hendak dihidupkan semula. Pertubuhan sukan tolong elakkam Orang politik dan Istana daripada menterajui persatuan masing-masing. Ambil professional. Hantikan manja-manja permain. just award them what is due to them not more than that.

Peminat boling

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...

Benarlah kata Imam Syafi'e

Petang semalam saya sekeluarga makan di Kedai nasi kandar Husain. Memang popular kedai ini bagi masyarakat sekitar Sungai Petani tak kira Melayu, India atau Cina. Anak saya, minta nasi dan seketul ayam tandori berharga RM4.50. Besar saiznya lalu saya fikir boleh makan untuk tiga orang. saya pun minta supaya ketul ayam itu dipotong. Tahu apa kata pekerjanya? " Tak ada benda nak potong ." Tu dia, sikit punya besar kedai, pisau nak potong ayam pun tak ada! Selepas makan kami singgah di kedai buku Hasani. Saja nak tengok buku-buku baru. Khabarnya buku terbaru Kang Abik sudah di pasaran. Sedang asyik meninjau buku-buku di rak, telinga sempat menangkap perbualan seorang lelaki dengan dua orang perempuan muda. Tak pasti bagaimana saya boleh tertarik dengan perbualan mereka cuma suara lelaki itu sangat kuat dan boleh didengari seluruh kedai. Mulanya saya fikir lelaki tersebut salah seorang pekerja di situ sebaliknya bukan. Tapi dua wanita itu memang pekerja di situ melihat kepada t...