Langkau ke kandungan utama

Buat macam dulu

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk kekalkan SSM dengan beberapa penambahbaikan. Kenaikan gaji kakitangan awam juga diselaraskan dengan gred 1 hingga gred 52 menerima kenaikan sebanyak 13% serta kenaikan elaun kola. Berbeza dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan dulu yang menampakkan perbezaan begitu ketara antara kumpulan sokongan dan kumpulan atasan.

Mungkin patut juga kakitangan awam berterima kasih kepada CUEPACS yang dari awal berjuang agar mengurangkan jurang kenaikan yang terlalu ketara antara dua kumpulan ini. Namun jangan juga dilupa, kerajaan berbuat demikian juga kerana takutkan hilang sokongan rakyat dalam pilihanraya. Justeru boleh diandaikan kerajaan sebenarnya tunduk kepada kehendak rakyat. Inilah dikatakan kemenangan rakyat.

Bukan itu saja. Sebelum ini juga kerajaan dah beri banyak bantuan. Terbaru dan masih segar ialah bantuan persekolahan RM100, yuran sekolah dikecualikan dan paling popular ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).

Agaknya kalau BN menang besar dalam PRU dulu, adakah rakyat akan menikmati sekian banyak bantuan seperti hari ini. Pak Lah akan kekal sebagai Perdana Menteri. Manakala Najib dan Rosmah masih menanti sambil menggigit jari. Transformasi pun tak jadi.

Kalau begitu, ada baiknya momentum PRU-12 itu diteruskan dalam PRU-13 pula.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasir Salak Resort yang mahal tapi tak ada air dan Sejarah yang diabaikan

Kelmarin saya dan keluarga bercuti ke Pasir Salak. Hajat hati mahu membawa anak-anak meninjau dan mempelajari sesuatu dari peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di sana satu ketika dahulu. Maklumlah sekarang dalam mengharungi sistem pendidikan yang mengutamakan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, sejarah bangsa sendiri pun tidak diambil berat. Berbanding zaman pendidikan sekitar tahun 1980-an dahulu, Sejarah merupakan salah satu subjek dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 yang menjadi ukuran kejayaan seseorang murid di sekolah rendah. Kesesakan di tol Cangkat Jering. Mereka nak ke mana? Kami sampai sekitar jam 3.30 petang setelah mengharungi empat jam dan sejauh 270 kilometer perjalanan. Sebenarnya saya tersalah arah. Sebabnya sebaik keluar dari lebuhraya Timur Barat mengikut susur keluar Cangkat Jering, langsung tidak ada papan tanda arah ke Pasir Salak. Sehinggalah kami sampai di satu simpang, ikut kiri ke Ipoh manakala ikut kanan menunjukkan arah ke Lumut. Saya ikut jalan kanan...

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Ulama Syiah cium tangan perempuan

Jom sebarkan gambar ulama syiah ni, Depan nampak Anti kuffar, belakang cium tangan perempuan mereka, Da tengok ahmedinijad peluk ibu presiden Venezuela ??? Itulah kepuraan2 puak syiah yg perlu kita tahu ... Sebarkan yerr jangan biarkan syiah meratah daging umat Islam... Akhir zaman ni Yahudi akan jadi kawan baik mereka spt yg hadis sahih jelaskan... :: Dari Facebook Ustaz Zahazan Mohamed