Langkau ke kandungan utama

‘dia’ yang serba kekurangan

Dia tidak sempurna. Maka dengan segala kekurangan ini, dia gagal memenuhi kehendak dan memuaskan hati semua orang yang berada di sekelilingnya. Bahkan kehendaknya sendiri juga belum terlaksana semuanya. Kekadang kerana terlalu berusaha memenuhi kemahuan orang tersayang, kemahuan sendiri dikorbankan.

Kerana menyedari kekurangan yang ada pada diri, dia juga tidak terlalu menuntut orang lain memenuhi kehendaknya. Sedaya upaya dia cuba bertolak ansur. Dia sedar orang-orang di sekelilingnya juga ada kekurangan. Maka dia menerima kekurangan itu dengan reda. Dia tidak cerewet. Makan minum apa saja yang ada. Pakaian berjenama tapi ‘bundle’. Kenderaan? Paling buruk di kalangan rakan sekerjanya. Kediaman yang kecil tanpa perabut yang memenuhi setiap penjuru menjadi idamannya. Kehidupan yang sangat ‘simple’.

Dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang kerana itu anugerah Allah yang besar nilainya. Anugerah Allah berupa amanah. Justeru amanah adalah satu kewajipan.

Namun kekadang hatinya terguris tatkala ada permintaan yang di luar kemampuan untuk dilaksanakan. Lalu dia dikatakan cuba memberi alasan. Permintaan pula datangnya bertubi-tubi tanpa mengambil kira dia hanya ada dua tangan dan dua kaki sahaja untuk melakukan semua perkara. Biologi tubuh juga menuntut untuk direhatkan beberapa ketika. Sedang dia yakin kemampuan melaksanakan kehendak-kehendak yang dinyatakan itu andai dia diberi masa dan tidak terburu untuk dilaksanakan.

Demi Allah, dia sayangkan semua orang yang berada di sekelilingnya. Dia tidak mahu ada yang berdosa dengannya dan berharap orang-orang di sekelilingnya pun bersedia untuk memaafkan kesalahan dia. Kerana dia terlalu banyak kelemahan dan serba serbi kekurangan.

::Luahan seseorang yang enggan identitinya didedahkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha...

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu...

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se...