Langkau ke kandungan utama

Solat gerhana di sekolah

Beruntunglah bagi sesiapa yang berkesempatan menyaksikan gerhana matahari yang berlaku pagi tadi. Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan, terpaksalah menunggu sehingga tahun 2042-kalau tak silap saya mendengarnya- untuk menyaksikan fenomena ini berlaku di negara kita. Terkejut juga ketika bertanyakan beberapa orang teman namun mereka tidak sedar berlakunya gerhana matahari melainkan setelah menonton siaran berita.

Lebih beruntung lagi bagi sesiapa yang benar-benar menggunakan kesempatan dari kejadian yang jarang-jarang sekali berlaku ini dengan rasa penuh insaf akan kebesaran Allah Jalla wa 'Ala. Mereka mengambil peluang ini dengan menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dengan mengerjakan solat sunat gerhana matahari walaupun secara ringkas mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing. Maklumlah, hari bekerja. Alhamdulillah, dengan izin Allah dapatlah saya menunaikan salah satu amalan sunat yang sangat dituntut ini. Sekurang-kurangnya terlepas tuntutan ke atas saya sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Sebaik menghabiskan kelas pertama pada jam 8.15 pagi bertepatan pula dengan bermulanya gerhana matahari. Saya langsung menyiapkan diri berwuduk untuk mengerjakan solat sunat gerhana matahari. Peluang keemasan ini amat rugi kalau dibiarkan terlepas begitu saja. Datangnya bukan selalu dan kerana itu juga ramai yang kurang menyedari. Malang lagi bagi mereka yang apabila disedarkan tetapi masih bersikap lewa.

Selepas berwuduk saya mempelawa beberapa orang rakan untuk turut sama ikut serta. Bukannya apa, sekadar ingat mengingati. Pelawaan saya disambut dua rakan. Seorang cikgu Matematik yang kebetulan ada kelas lalu mengajak muridnya bersolat sama. "Rebutlah peluang yang datangnya bukan selalu," katanya. Seorang lagi ialah tukang kebun sekolah. Maka bersolatlah kami dalam masa tidak lebih dari sepuluh minit dengan saya sebagai imamnya.

Sekadar itu kemampuan kami. Firman Allah, "maka bertaqwalah kamu kepada Allah (melakukan amal kebajikan) mengikut kemampuan kamu...."(surah at-taghabun: ayat 16). Usai solat kami meluangkan sedikit masa menyaksikan kejadian yang sedang berlaku di langit sana.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa ada pada jawatan?

Apa ada pada jawatan? Mungkin ada segelintir orang yang bertanyakan hal ini bahkan sememangnya ada. Mereka ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk berebut jawatan malah ditawar pun terasa berat menerimanya. Kalau setakat nak buat kerja, ahli biasa pun boleh buat. Lagi senang, tak payah sakit-sakit kepala. Hakikatnya pada jawatan ada segalanya. Selain beban dan tanggungjawab, pada jawatan itu juga ada wang, harta, kuasa, pengaruh dan glamour. Tak kira di peringkat mana sekalipun, sehingga rumah Allah juga bisa menjadi medan berebut jawatan. Masakan tidak andai perebutan itu mendatangkan hasil lumayan seperti yang diimpikan. Ada jawatan, berkuasa kita. Atau dengan jawatan boleh mengumpul wang dan harta. 'Alah', gaji ketua kampung bukan banyak pun. Tak mengapa glamournya ada. Pergi ke mana orang pandang, orang layan. Kalau kenduri orang lain makan ambil sendiri, tapi kita makan berhidang. Banyak lagi sebenarnya nikmat berjawatan. Kita biasa mendengar cerita ulama silam terlalu

Tulang atau lebihan daging korban dan akikah

Mungkin agak terlewat untuk saya berbicara mengenai tajuk ini memandangkan musim korban sudah pun berakhir. Namun saya percaya masih terdapat saki baki daging korban yang masih menjadi hidangan kita dalam beberapa hari ini. Di samping itu saya juga masih tidak terlepas dari pertanyaan beberapa kenalan mengenai bagaimana harus diperlakukan ke atas tulang dan lebihan daging yang menjadi korban atau akikah. Tanpa menafikan tentang kefahaman yang dibawa sejak berzaman tentang wajibnya menanam tulang dan sisa daging sama ada mentah atau yang telah di masak, saya bersyukur kerana didedahkan dengan pandangan yang berbeza dan meyakinkan sekaligus memadam kekaburan terhadap pandangan terdahulu yang menyusahkan. Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan. Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah ha

Tahlil dalam Majlis Akikah

Satu lagi program tahunan surau telah disempurnakan kelmarin dengan muafakat penduduk. Program yang saya namakan Akikah Perdana merupakan program yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya sebagai pengerusinya. Walaupun diadakan pada 27hb. Rejab ia tidaklah sempena sambutan Isra' dan Mi'raj tetapi mengambil kesempatan negeri Kedah bercuti pada hari tersebut. Seekor lembu ditumbangkan sebagai memenuhi hajat peserta-peserta yang mengambil bahagian menjamu hampir 1000 orang yang hadir. Lebih menggembirakan apabila nasi serta lauk pauk dapat dihabiskan sama ada dimakan atau di bawa pulang, memudahkan petugas menjalankan kerja-kerja membersih dan mengemas kembali. Cuma yang agak kurang menyenangkan saya apabila dengan tidak semena-mena tuan penasihat surau yang selama ini melantik dirinya sendiri sebagai imam surau mengajak hadirin bertahlil tanpa berbincang dengan saya terlebih dahulu. Sememangnya beliau sangat mahir mengetuai majlis-majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Se